Thursday, December 31, 2009

Dear God



G
Send someone to love me
Em
I need to rest in arms
C
Keep me safe from harm
D
In pouring rain

G
Give me endless summer
Em
Lord I fear the cold
C
Feel I'm getting old
D
Before my time

Em D
As my soul heals the shame
G Em
I will grow through this pain
C D
Lord I'm doing all I can
G
To be a better man

G
Go easy on my conscience
Em
'Cause it's not my fault
C
I know I've been taught
D
To take the blame

G
Rest assured my angels
Em
Will catch my tears
C
Walk me out of here
D
I'm in pain

Em D
As my soul heals the shame
G Em
I will grow through this pain
C D
Lord I'm doing all I can
G
To be a better man

A F#m
Once you've found that lover You're homeward bound
D
Love is all around
G
Love is all around

A F#m
I know some have fallen On stony ground
D
But Love is all around

G
Send someone to love me
Em
I need to rest in arms
C
Keep me safe from harm
D
In pouring rain

G
Give me endless summer
Em
Lord I fear the cold
C
Feel I'm getting old
D
Before my time

Em D
As my soul heals the shame
G Em
I will grow through this pain
C D
Lord I'm doin' all I can
G
To be a better man...




Wednesday, December 23, 2009

Kerja Kosong

Site Engineer

Basic RM2500 (tidak termasuk elaun)

Accomodation disediakan.

Projek di Pekan, Pahang.

Pengalaman sekurang-kurang nya 6 bulan diperlukan.

Hubungi saya, Hadi Che Muda dengan kadar segera.


p/s:terbuka kepada kawan dan lawan....

Wednesday, December 9, 2009

Never a Song Have Touched My Heart As Much As This Song



She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.

(Chorus)

Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
Lady, oh, lady.

She's gone,
Out of my life.
Oh, she's gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.

Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl.

(Chorus x2)

Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.

Thursday, December 3, 2009

Sailaway BE Topside



Wednesday, December 2, 2009

Pengorbanan

Raya haji tahun ni aku beraya di perantauan, dek kerana tanggungjawab kerja yang tidak dapat dielakkan. Tetapi apabila ia berjalan dengan lancar hari ini, aku terasa agak "worth it"...



Monday, November 30, 2009

Bila Rasaku Ini Rasamu

Tuesday, November 24, 2009

Lupa

Kadang-kadang aku terlupa:

1) Aku ada sahabat sejati
2) Aku ada Honda City
3) Aku ada Blog!



Hu~~

Sunday, November 15, 2009

Diari Hujung Minggu

Sabtu:

8 AM - 12 PM : Kerja (baca: tido dalam ofis tak buat ape2 kerja pun)

12 PM - 3 PM : Selepas makan tengah hari, merehatkan badan dan minda (baca: tido depan tv)

3 PM - 11 PM : Berada di Kota Tinggi berbincang dan berdiskusi (baca: berkebun dlm FB)

11 PM - 4 AM : Berada di Pontian bersama rakan-rakan di mapley (baca: gelak smpi tercekik)

Ahad:

4 AM - 1 PM : Merehatkan badan dan minda yang letih di Taman U Skudai (baca: tdo xigt dunya)

3 PM - 6 PM : Berada di Pontian melihat gelagat penduduk Pontian

6 PM - 11 PM : Berada di Taman Molek, JB, makan dan berkumpul bersama rakan-rakan sambil karoke dan meluahkan pendapat dan cadangan sambil menimba ilmu.

11.54 PM : Aku menulis entri ini...


Nota:

1) Disini, aku mengerti erti persahabatan dan setiakawan.

2) Disini, aku menjumpai kawan dan sahabat ketika senang dan susah.

3) Disini, aku sangat gembira.

4) Gembira dapat membantu rakan-rakan (walaupun sedikit).

5) Tetapi, aku juga iri hati/sakit hati/pedih ulu hati dengan kejayaan org lain.

6) Kerana aku sendiri tidak lah se-gah mana pun.

7) Tetapi aku gembira kerana aku dapat menggembirakan rakan-rakan aku.

8) Inilah kehidupan aku....



End

Saturday, November 14, 2009

Haircut!

"Hensemnye Hadi...." Marka A
"Smart siot rambut ko, kiri, kanan, depan, belakang.." Jantan A
"Saya dah tak ingat rambut Hadi dulu macam mana..." MQ A
"Tepuk rambut baru! 3x" JB Partners
Setakat ni baru 3 orang marka hawt puji haircut baru aku, yang lain semuannya jantan polong.pui!

Wednesday, November 11, 2009

Love Hurts




Lagu yang selalu berputar dalam kereta, PC dan fikiran aku sejak dua menjak tiga menjak ini. Memang menusuk kalbu.




"some fools think of happiness, blissfulness, togetherness
some fools fool themselves I guess
they're not foolin' me"

Friday, November 6, 2009

Zaman Kanak-kanak Tidak Mengerti Erti Persahabatan

Kes aku tak bertegur sapa dengan sahabat baik aku sejak tahun satu Universiti Gambang selama kira-kira 6 bulan.Disini.

Memang di masa itu aku cepat melatah dan gelabah dan tidak pandai kawal emosi dan composure.





Nanti aku ulas lebih lanjut.Sekarang aku mahu pergi baling bola boling ketika boring bersama marka-marka hawt!


Bye..

Thursday, November 5, 2009

Zaman Aku Lebih Kurus

Ataupun lebih tepat kurang gemuk kot??



diculik dari sini



Lepas aku layan Picasa moque25 milik Zaini, aku hantar sekeping SMS kepada beliau yang berbunyi begini;

"Tobat sendu lyn picasa ko..."



Dan macam biasa balasan dari Zaini;

"Pantera ayam!"

Budak Ajaib




lagu yang selalu berputar di dalam laptop aku di tahun akhir pengajian Universiti Gambang

Tiada Siapa yang Tahu..



tiada siapa yang tahu yang lagu "Tiada Siapa yang Tahu" dendangan "Permaisuri Zaman Batu" ini pernah bertakhta di hatiku...



p/s: aku peminat tegar Dave Grohl...

Tuesday, November 3, 2009

Stages of Life

Teen Age: Have Time + Energy....but NO Money!



Working Age: Ade Duit + Tenaga...tp TIADA MASA


Old Age: Sudah kaya raya dan ada banyak masa...tapi TIADA TENAGA.



Dimanakah kita sekarang/akan datang??

Bawang




Kalau banyak makan bawang boleh jadi macam ni ke?hmmm

Wednesday, October 28, 2009

CMQ NUZUL

Lupa nak bagitahu:


"SELAMAT HARI LAHIR, NUZUL"



Terima kasih untuk peluang ini dan semoga cepat naik MQ and aku jd CMQ...hihi




p/s: sebenarnya aku tak biasa sangat wish beday kat jantan2 nih...terasa agak geli sebenarnya...huhu

Pisang




Macam haram.Kan?

Tuesday, October 27, 2009

Kisah Semalam

Hari aku baca balik entri dari Mat Art-Art via LBk dan hari ini baru aku faham maksudnya.

Ketika entri itu ditulis sumpah aku tak faham lansung..

Notakaki dibawah yang aku betul-betul rasa nak bagi kaki kat diri sendiri...



Kau faham ke??

Quote of the Day



"Labelling ideas as anti-this and anti-that will get us nowhere. Call a spade a spade. Only then can you find solutions to problems."


Tun Dr Mahathir; Che Det



Monday, October 26, 2009

Gadis dan Bunga



lagu karoke itu hari...

Sunday, October 25, 2009

Sahabat



"kau memang agung Maok"

PBA

Align Center
Tahu PBA tu ape??


klik untuk paparan lebih jelas.dicilok dari sini.

Karoke

Mcm orang gila first time gi karoke melalak smpi lebih had masa 2jam...tak tahan lagu Alhamdulillah Syukur Nikmat pun boleh layan...





memang havoc...

Friday, October 23, 2009

SMS

Pagi ni aku dapat SMS dari Mat Rap;


Mat Rap: "Kau kat mane?"
Aku: "Pasir gudang la.apecite?"
Mat Rap: "rindu"
Aku: "Konek ar kau!haha"



Nak rindu-rindu bagai.geli aku!!huhu

Bosan

Malam ni tak pergi mana2..prospecting pakai phone je..

aduyai...




ps: dah biase sgt poco-poco bila xde rase xbes plus jumpe partner2 yg mmg happening gile!!
pps: aku dah dpt rase perubahan dalam hidup aku sedikit demi sedikit...

Tuesday, October 13, 2009

Simple

Sekarang



masa



untuk



pergi



buat!!


FULLSTOP!!

Sunday, October 11, 2009

Free Hugs



"I've learnt that no matter how impossible your goals are, if you keep trying and don't give up, you will succeed eventually"


p/s: indahnya dunia kalau semua orang macam Juan Mann nih....sape nak peluk aku??

Cari Jodoh




p/s: tak tahu laa pokcik nok oyak gapo....

Sunday, October 4, 2009

Api

Hello Humanity!

Dah lama rsanya aku update blog.Disebabkan tidak mahu dilabel beralasan maka aku mengaku bahawasanya aku malas!!

Memang kemalasan dalam diri aku menebal sejak kebelakangan ini sedari cuti raya hingga sekarang memang aku seperti kurang motivasi hendak melakukan apa-apa sahaja baik kerja ataupun kerjaya. Jika sebelum itu aku cukup bersemangat tetapi dikekang oleh kesuntukan masa kerana terpaksa bekerja keras menyiapkan projek, tetapi setelah tamat projek, aku punyai banyak masa, tetapi aku kurang semangat pula.

Mungkin dengan masa yang banyak itu membuat aku lebih banyak masa untuk berfikir. Berfikir adalah sesuatu yang sangat hebat jika dapat diaplikasikan dengan baik tetapi menjadi sesuatu yang disebaliknya jika terlampau lebih berfikir.

Bagi aku atau orang-orang macam aku, berfikir panjang adalah kurang baik.Kenapa?Kerana aku terlampau taksub untuk berfikir jauh kehadapan sehingga aku terlupa kehebatan berfikiran pendek. Jangan salah faham, aku tidak cakap berfikir jauh tu tidak baik tetapi bagi sesetengah situasi, berfikiran singkat adalah lebih baik.

Di dalam situasi aku, aku suka berfikir tiap-tiap sesuatu yang aku hendak lakukan, aku cenderung berfikir tentang akibat-akibat yang bakal timbul dan selalunya semua itu negatif dan selalunya semua itu tidak akan berlaku pun!

Kerana takut untuk menerima penolakan, cemuhan, kritikan dan kegagalan telah menolak aku jauh dari cita-cita aku. Walau aku sedar setiap orang yang berjaya mesti akan merasai setiap perkara yang disenaraikan diatas, tetapi kenapa aku masih takut?

Jadi, hari ini, 4 Oktober 2009, aku berazam untuk membuang perasaan takut aku itu, demi mencapai cita-cita murni aku. Aku akan lebih percaya terhadap diri sendiri. Aku akan membaiki apa yang kurang dalam diri ini.

Aku ingin menyemarakkan kembali api yang semakin malap dalam diri ini!







notakaki: mungkin faktor berat badan yang semakin naik punca aku semakin malas?
notaibukaki: mungkin faktor masalah yang aku hadapi membuat aku demotivated sekarang?

Tuesday, September 29, 2009

Diari Syawal

1 Syawal 1430H

Pagi-pagi lagi dah bangun pergi ziarah kubur ayahanda aku sedekahkan Yassin dan doa. Semoga roh beliau aman disana.

Habis ziarah kubur balik rumah makan satay di pagi hari buat pertama kali sejak sebulan lepas (ye lah puasa mana blh makan siang ye tak?), terus ke masjid solat sunat hari raya.

Drama melayu bermula tatkala bersalam-salaman mohon kemaafan sesama kaum keluarga. Nasib baik aku keras takde nye senang-senang nak berdrama..

Makan nasi dagang..

Pergi beraya rumah Che Mah, makan lagi!

Pergi beraya rumah Mak Teh, minum air je.

Pergi beraya rumah Che Moh, makan satay lagi!

Malam tengok bola Man U vs Man C dengan Cucu Tok Imam kat rumah Che Mah.

Tidur dirumah Che Mah.......


Kesimpulannya, raya first dipenuhi dengan M.A.K.A.N!!Patut lah berat aku naik 5 kg masa raya tu belum kira berat yang naik time puasa!

: (

Sunday, September 27, 2009

Mood

Masih mood raya....

Tuesday, September 15, 2009

Ade-bodo-bayor




Mcm gampang perangai.

Aku malu nak ingat aku pernah jadi fan mamat ni satu ketika dahulu!fak!





Oooooo

Aku baru faham ape maksud entri Maok ni sekarang...




tapi maok ko reply komen aku tu mcm haremmmmm!!!

hahahaha

Wednesday, September 9, 2009

Sahabat

Kepada Sahabat,

Walau sebenci mana anda terhadap saya, saya tetap akan menjadi sahabat anda selama-lamanya dan akan sentiasa berada disisi anda untuk apa sahaja.

Sekian.




notakaki: aku harap "anda" membaca nukilan ini..

notaibukaki: jika "anda" membaca nukilan ini sudi lah kiranya.......







Sunday, September 6, 2009

Law of Attraction



"No matter what it is that I want, no matter how impossible it may seems, if I believe and know it will be mine, the answer must be..."




Saturday, September 5, 2009

Ahmad Tarmizi Jr. 2


Tahniah *clap3*








Lagu Kehidupan 1



lagu ni adalah kenangan masa aku belajar di KMPk pada tahun 2003 dahulu..time tu lagu ni dan Evanescene sendiri tgh top gila-gila...kalau pergi makan tengahari kat Kafe B (Kafe untuk anak-anak gadis tetapi semua blh datang waktu tengahari sahaja) mesti ade pasang lagu ni kuat-kuat tatkala aku sedang melantak nasi ayam...




notakaki: dlm bertahun-tahun aku belaja KMPk laa tempat paling heaven sekali!!








Wednesday, September 2, 2009

Rejection

1. Akhirnya saya berjaya menulis lagi setelah beberapa hari berada di Ibu Negara Malaysia, hari-hari yang sibuk (dan juga beberapa hari yang malas) membuat saya tidak dapat menulis.

2. Di USJ itu hari, saya menonton Discovery Channel, kisah berkenaan Datuk Lat; siapa tidak kenal Datuk Lat ye tak?

3. Sebelum beliau menjadi seorang pelukis kartun yang tersohor bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Hong Kong dan Jepun, beliau pernah dicemuh/dihina/dicaci selama 3 tahun!

4. Ada yang mengatakan, karya beliau tidak bagus, macam sampah dan bermacam-macam kata-kata kesat yang dilempar (umpama diludah dimuka)

5. Tetapi sekarang beliau tetap berjaya, semua orang kenal Datuk Lat (sampai masuk Discovery woi!!)

6. Lalu saya terfikir, semua insan-insan berjaya di dunia ini, semuanya pernah merasai apa yang dirasai oleh Datuk Lat itu. Einstein, Beethoven, The Beatles dan ramai lagi.

7. Pendeknya, setiap orang berjaya mesti melalui tempoh sukar dalam hidup mereka samada mereka menghadapi rejection atau penyakit-penyakit lain yang boleh membantutkan usaha atau niat murni yang mereka cuba lakukan.

8. Persolannya, bagaimana mereka kekal bersemangat sepanjang masa??

9. Kenapa mesti ada rejection?






notakaki: bersambung di post seterusnya, otak dan badan sangat letih





Thursday, August 27, 2009

Kenapa Shahzan Muda tak macam Arsenal?

Arsenal 3 - 1 Celctic
Eduardo, Eboue, Arshavin; Donati


"In Arsene we trust"





notakaki: sekarang masa untuk memusnahkan MU.aku sedikit nervous jika Fabregas tidak cergas..









Wednesday, August 26, 2009

Ahmad Tarmizi Jr.

Tahniah kepada En Ahmad Tarmizi Haron, kawan, sahabat, mentor, guru, pendidik, rakan jamming, rakan melantak makan byk2, rakan makan kacang dan air coke tatkala tgk cite Chow Sin Chi; kerana telah dikurniakan cahaya mata bayi lelaki yang pertama hari ini jam 3.45ptg...


En. D: Dh ade name dok agi chaik?
ATH: Takdok lagi ah Di.
En. D: Bagi nama saya laa chaik!
ATH: Hahahaha
En. D: Takpun Ahmad Tarmuji.
ATH: *buat-buat gelak*
En. D: *feling awkward* err tahniah laa ye chaik..
ATH: ok ok di terima kasih
En. D: Selamat berbuka, Assalamualaikum



Pukul 7.46PM aku terima SMS dari Mokhzaini:


Alhamdulillah,wife sy telah slmt mlahirkan bayi lelaki jam 3.45pm di KTS,K.Trg. Msj dr EnMat



Pukul 9.05PM Nuzul pula call aku:


Nuzul: Ko tak dapat msg En Mat ke d?
En. D: takde pulak.apehal?
Nuzul: Owh.xde.die msg aku dpt anak lelaki jam 3.45 petang tadi.
En. D: oyeke?
*manik kaca mula timbul di kelopak kanan mata*








notakaki: penulis berada dalam keadaan touching-mode sape nak rase penangan paranawei ataupun caci maki hamun cubalah buat lawak bodoh kat aku sekarang.

notaibukaki: aku pasrah.ape boleh buat.mungkin betul salah aku.jika dulu Abun sekarang En Mat.aku memang tidak pandai bersahabat.maaf.









Tuesday, August 25, 2009

Stering MOMO dan Tinted Gelap 2

Stering MOMO dan Tinted Gelap

3 words about MOMO steering;




"It's-fucking-AWESOME"




I will blog (read: brag) about this later, I'm too excited to write anything right now!









Monday, August 24, 2009

Perangai Gampang 2



apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang?




aku tak faham macam ni punya orang pun ade ke?









AMANAT PRESIDEN

1. Sebelum mula menulis, ingin aku nyatakan disini, ini adalah layout terbaru blog aku dan ia direka khas untuk aku oleh adik aku yg tersayang (bukan gay ok!), Izad Che Muda.

2. Ingin aku bagitau korang lagi sekali, adik aku ni memang berbakat dalam apa jua bidang yang berkaitan dengan komputer seperti web design, programming, gaming, photo editting, you name it!!Sekarang dia ada menawarkan khidmat dan servis terbaik dari dia kepada sesiapa yang berminat untuk mengupah beliau.

3. Dalam minggu lepas aku dapat email dari Mr Presiden Sime Darby Berhad, beliau menyentuh isu tentang bonus tahun ini:


klik untuk paparan lebih jelas

4. Tak perlu cakap banyak, kesimpulannya memang kurang meriah raya tahun ni kalau nak mengharapkan bonus Sime Darby semata-mata.

5. Ini adalah antara salah satu sebab mengapa saya tidak suka bergantung kepada kerja ini semata-mata dan kenapa saya begitu menentang sikap segilintir rakan sekerja yang begitu taksub dengan kerja walaupun gaji tetap sama.

6. Inilah juga sebabnya saya suka menceburkan diri dengan lebih serius dalam bidang perniagaan kerana 9/10 dari pintu rezeki datang dari perniagaan.kan?

7. Harap-harap kawan-kawan saya juga menyedari akan hakikat ini lambat laun kerana saya simpati melihat segelintir kawan yang bergantung terhadap jumlah bonus yang banyak (seperti tahun sudah, minimum 5 bulan) untuk melansungkan perkahwinan, tetapi harapan tinggal harapan, harapan tidak seindah kenyataan.

8. Kenapa kita ingin bergantung kepada sesuatu yang kita sendiri tidak pasti?

9. Kenapa tidak mengusahakan sesuatu ataupun berusaha seluruh jiwa raga anda keatas perkara-perkara yang anda betul pasti pulangannya setimpal?

10. Jangan bohong lah kalau kau cakap kau kerja demi company. *gaya meludah*

11. Jangan bohong lah kalau kau cakap kau kerja demi Boss kesayangan. *gaya nak muntah*

12. Kau kerja adalah untuk diri sendiri so cut the crap will ya??









notakaki: aku tak tau sebenarnya email tuan presiden tu aku blh display untuk public ke tidak..huhu

Friday, August 21, 2009

Remdan dan Rajuk...

1. Sebelum mula berkata apa-apa, aku dgn ini mcm org lain jgk ingin mengucapkan salam ramadhan kepada semua kawan-kawan, makwe-makwe lame, rakan-rakan kerja, rakan-rakan dunia maya dan juga makcik-makcik kantin ataupun cleaner yg mengenali diri ini.mohon ampun maaf salah dan silap.

2. Klu ikutkan mlm ni plan nk gi Kuantan jumpe kawan kemudian sama-sama bertolak ke Marang untuk berjumpa sahabat.tapi kerana musim cuti sekolah melanda lantas tiket bas kehabisan.

3. Terpaksa aku postpone program ke Kuantan dan Marang pada minggu depan.

4. Tujuan aku ke Marang adlah untuk berjumpa muka-ke-muka (face to face) dgn sahabat yang baru pulang dari perantauan untuk mencari kebenaran disebalik sikap dingin beliau terhadap aku.

5. Tapi kerana terpaksa kensel last minit dek kerana tiade tiket bas ke Kuantan maka kawan aku di Kuantan ini pula bersikap dingin dengan aku.

6. Kepada kawan-kawan yang membaca coretan ini, ingin saya hamburkan disini bahawasanya:

  • saya bukan lah kawan yang sempurna untuk kalian
  • saya tidak reti atau kurang reti untuk menjaga hati dan perasaan rakan-rakan
  • saya suka berkata-kata dan kata-kata saya selalunya blh melukakan hati kawan.

tetapi.....


7. Kerana sesungguhnya saya adalah insan yang lemah dan banyak kekurangan. tapi janji saya, saya akan berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan saya itu.

8. Tetapi saya perlukan sokongan rakan-rakan seperti kalian..





notakaki: kalian tahu siapa kalian..







Thursday, August 20, 2009

Aku gembira...

Aku gembira sangat malam ni pasal 2 benda:

1) Adik aku, Izad Che Muda, dh mula berblog. Blog beliau agak cool, theme buat sendiri bkn dicilok dari mane2 website yg bg theme free.Mamat ni mmg terer dgn bende-bende yang ade kaitan dengan komputer2, design2 bagai sume tu lah.so aku igt nk srh die modified skt blog aku ni jd lebih kul (nk buat button komen kuar kat post pn aku xtau!huhu sila tembak aku bertubi-tubi)

2) Kak Arni telah follow blog gua nih!!!!!Blog beliau sendiri dah ade 325 followers as of hari ni tp die sanggup juga nk follow blog aku yang tak seberapa nih!!tahniah Kak Arni, akak jd orang yg ke lapan ratus dua puluh empat TIGA yang follow blog saya!!wahhh besnye dh ade tiga follower wei *meringkuk kesedihan di belakang pintu blk air*
:cry:



Nota Kaki: aku igt nk bg hadiah kepada follower ke 100 blog aku nih, TV LCD 48" ke?sape nk?fak support la wei!!lanci!pui!

Saya bukannye nak berperangai gampang tapi....

1. Sebenarnya agak malu aku nk post entri sebegini kat blog aku yg suci murni nih.

2. Tapi aku terharu melihat gelagat manusia mencari rezeki sesuap nasik(untuk anak-anak dan seluruh kaum keluarga mungkin)

3. Mungkin orang-orang seperti akak dlm gambar di bawah ini tidak punyai peluang yg bagus untuk mencari rezeki.

4. Lantas die sanggup menjual harga dan maruah diri sebegini rupa.

Lihatlah.....





Sunday, August 16, 2009

Selamat Ber'kongo'

Buat adikku Izad Che Muda, tahniah untuk majlis konvo lu dan tahniah sbb dapat first class honour (ces!loan xyh byr la ni bro?blh blanjo gua hari2 laa klu gini!!).

Sekian ucapan ringkas dari gua..



p/s: gua mitok gamba lu konvo lu tak bg so gua pon google laa gmba UTP Convo 2009..haha






Tolong ingatkan aku..

Aku baru je sampai dari Kelantan, perjalanan seorang diri selama 12 jam memang laa amat meletihkan. Sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Johor ke Kelantan dan Kelantan ke Johor, aku dapat banyak idea untuk dikongsi dengan rakan-rakan.

Tapi aku tidak terdaya untuk menulis semua hari ini, jadi tolong ingatkan aku untuk menulis tentang:

  1. Keropok Sukaramai
  2. Bas Sihat
  3. Honda Civic
  4. The return of Dr Ahmad Tarmuji ke Malaysia
  5. Arsenal menang bergaya di Goodison Park


Tuesday, August 11, 2009

Dari Kawan kepada Kawan...



1. Buat ape kerja sungguh-sungguh sampai menyakitkan badan sendiri?

2. Kepada yang tidak dibayar untuk kerja lebih masa (OT) kenapa nak balik lewat?

3. Kalau kau kerja kuat-kuat pendapatan bulanan kau boleh cecah RM20k setiap bulan ok gak. Tapi kalau gaji bulanan tidak berubah RM3k sebulan tidak kira sekuat mana kau kerja, sededikasi mana kau kerja, baik tak payah kerja.

4. Istilah "tak payah kerja" disini tidak bermaksud kerja tak penting, tapi cukuplah sekadar wayang di hadapan Boss sahaja.

5. Boss adalah sejenis manusia yang tidak suka lihat kita berjaya tetapi mahukan 400% daripada usaha kita.Kenapa?kerana jika kita berjaya kita akan mengambil tempatnya...

6. Kerjalah berpada-pada sahaja, cukup dengan apa yang telah dibayar.

7. Kerjaya itu hanyalah "bola getah" dalam kehidupan kita, jika jatuh boleh melantun kembali.Tetapi tidak untuk kesihatan, keluarga dan kehidupan sosial kerana mereka adalah "bola kaca" jika jatuh pecah berkecai.

8. Usahakan sesuatu yang boleh menjanjikan pulangan yang setimpal untuk usaha anda!

9. Jika and inginkan RM20k sebulan, buatlah gaya orang yang mahu RM20k sebulan.

10. Peluang banyak terhidang di luar sana, terpulang atas diri masing-masing untuk menilai.

11. Tak usah lah ego!Kalau ego kau boleh jual RM20k sebulan OK laa jugak!

12. Apa ada atas pangkat kalau duit yang kau ade tidak sebesar pangkat?

13. Apa yang kau boleh bagi kepada ibu bapa yang bersusah payah bagi kau belajar?pangkat?bukan itu yang mereka mahu.ya.mereka tidak pernah minta wang ringgit tetapi kau bagilah mereka apa yang tidak pernah mereka rasa sebelum ini..

14. Umrah, Haji, melancong, barang kemas, rumah baru, dan sebagainya, nescaya senyuman lebar akan terpampang di muka insan kesayangan kita.

15. Kerja makan gaji, mungkin boleh kebanyakkannya tidak boleh, untuk mencapai semua itu.

16. Kerana apa?tepuk dada tanya selera!!

17. Bersama-sama kita ke puncak kejayaan!





Pahit getir hidup...
dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...


Sunday, August 9, 2009

Today's 8Q Series 1

1. Bila rase down ape yang harus kita lakukan?

2. Kenapa mood aku cepat bertukar?kadang-kadang rasa boleh lepas tu rasa tak boleh pulak.Pendirian aku tak tetap ke?

3. Kalau betul pendirian tak tetap macam mana nak tetap kan pendirian?

4. Kenapa aku suka buat orang impress dengan diri aku?Dan aku sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan semua orang impress dengan aku.termasuklah menipu.kenapa?

5. Kenapa aku takut untuk mencuba sesuatu kerana aku takut keputusan yang bakal berlaku lantas aku mengambil keputusan untuk tidak mencuba lansung kerana sifat paranoid dalam diri aku ini sangat tebal?

6. Kawan-kawan yang mengenali aku, adakah benar aku ini seorang paranoid?jawapan jujur dari kalian sangtlah dihargai.

7. Kenapa aku sangat takut akan kegagalan?walhal orang yng berjaya semuanya pernah gagal berkali-kali.kalau aku takut untuk gagal adakah aku boleh menjadi orang yang berjaya dalam hidup?

8. Cita-cita aku memang tinggi dan besar tetapi kenapa usaha aku tidak sebesar cita-cita aku?




Thursday, August 6, 2009

Saya sayang kawan-kawan saya...










Tuesday, August 4, 2009

Soalan Malam: Maxis iPhone 3G[S] & Motivasi

Soalan 1:

Plan mane lebih berbaloi??

Any idea guys??

***
Soalan 2:

How to stay motivated in what ever things that we do??

Ade petua??




Blog Widget by LinkWithin