Monday, July 11, 2011

BBM

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 4, 2011

Semangat 2.0

Salam Isnin untuk semua,

Semalam, sekitar jam 8.20PM, aku menaiki sebuah teksi, dari rumah isteriku untuk ke KTM Komuter Stesen Seri Setia, aku dikejutkan dengan semangat berkobar-kobar pemandu teksi tersebut.

Semangat itu adalah sesuatu perkara yang sangat bagus jika kena pada caranya. Tapi jika sebaliknya, hmmmm, nampak sangat anda ini adalah fanatik tidak bertempat.

Masuk saja dalam teksi tersebut, pemandu bertanyakan tentang keadaan semasa, beliau mempersoalkan kenapa perhimpunan bersih itu diharamkan, dan bagaimana dia mempersoalkan fasal syurga Allah dan syurga UMNO, dan yang paling mengejutkan beliau mempersoalkan fasal keimanan ahli-ahli UMNO.

Menyertai perhimpunan bersih itu adalah jihad katanya, kerana memperjuangkan hak rakyat dan orang-orang yang menentang perjuangan ini, jika mati, masuk neraka ataupun syurga UMNO katanya, dan orang-orang yang berjuang akan masuk syurga Allah, mati syahid.

Didalam keadaan seperti itu, aku hanyalah mampu terdiam, tidak menyokong mana-mana pihak. Tetapi bagi aku, jika beliau mempersoalkan keimanan seluruh ahli UMNO, aku agak kaget kerana siapakah beliau?Beliau tiada kuasa seperti itu semua. Tidak salah untuk berjuang tetapi biarlah dengan cara dan saluran yang betul.

Aku?Biarlah aku mengeraskan diri sahaja....fikiran aku melayang-layang merindui isteri tatkala beliau berkhutbah dalam teksi laksana ceramah-ceramah.

Yang paling bagus, beliau mengakui beliau seorang professional....

Hmmmmmmmm.....
Blog Widget by LinkWithin