Thursday, August 27, 2009

Kenapa Shahzan Muda tak macam Arsenal?

Arsenal 3 - 1 Celctic
Eduardo, Eboue, Arshavin; Donati


"In Arsene we trust"





notakaki: sekarang masa untuk memusnahkan MU.aku sedikit nervous jika Fabregas tidak cergas..









Wednesday, August 26, 2009

Ahmad Tarmizi Jr.

Tahniah kepada En Ahmad Tarmizi Haron, kawan, sahabat, mentor, guru, pendidik, rakan jamming, rakan melantak makan byk2, rakan makan kacang dan air coke tatkala tgk cite Chow Sin Chi; kerana telah dikurniakan cahaya mata bayi lelaki yang pertama hari ini jam 3.45ptg...


En. D: Dh ade name dok agi chaik?
ATH: Takdok lagi ah Di.
En. D: Bagi nama saya laa chaik!
ATH: Hahahaha
En. D: Takpun Ahmad Tarmuji.
ATH: *buat-buat gelak*
En. D: *feling awkward* err tahniah laa ye chaik..
ATH: ok ok di terima kasih
En. D: Selamat berbuka, Assalamualaikum



Pukul 7.46PM aku terima SMS dari Mokhzaini:


Alhamdulillah,wife sy telah slmt mlahirkan bayi lelaki jam 3.45pm di KTS,K.Trg. Msj dr EnMat



Pukul 9.05PM Nuzul pula call aku:


Nuzul: Ko tak dapat msg En Mat ke d?
En. D: takde pulak.apehal?
Nuzul: Owh.xde.die msg aku dpt anak lelaki jam 3.45 petang tadi.
En. D: oyeke?
*manik kaca mula timbul di kelopak kanan mata*








notakaki: penulis berada dalam keadaan touching-mode sape nak rase penangan paranawei ataupun caci maki hamun cubalah buat lawak bodoh kat aku sekarang.

notaibukaki: aku pasrah.ape boleh buat.mungkin betul salah aku.jika dulu Abun sekarang En Mat.aku memang tidak pandai bersahabat.maaf.









Tuesday, August 25, 2009

Stering MOMO dan Tinted Gelap 2

Stering MOMO dan Tinted Gelap

3 words about MOMO steering;




"It's-fucking-AWESOME"




I will blog (read: brag) about this later, I'm too excited to write anything right now!









Monday, August 24, 2009

Perangai Gampang 2



apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang?




aku tak faham macam ni punya orang pun ade ke?









AMANAT PRESIDEN

1. Sebelum mula menulis, ingin aku nyatakan disini, ini adalah layout terbaru blog aku dan ia direka khas untuk aku oleh adik aku yg tersayang (bukan gay ok!), Izad Che Muda.

2. Ingin aku bagitau korang lagi sekali, adik aku ni memang berbakat dalam apa jua bidang yang berkaitan dengan komputer seperti web design, programming, gaming, photo editting, you name it!!Sekarang dia ada menawarkan khidmat dan servis terbaik dari dia kepada sesiapa yang berminat untuk mengupah beliau.

3. Dalam minggu lepas aku dapat email dari Mr Presiden Sime Darby Berhad, beliau menyentuh isu tentang bonus tahun ini:


klik untuk paparan lebih jelas

4. Tak perlu cakap banyak, kesimpulannya memang kurang meriah raya tahun ni kalau nak mengharapkan bonus Sime Darby semata-mata.

5. Ini adalah antara salah satu sebab mengapa saya tidak suka bergantung kepada kerja ini semata-mata dan kenapa saya begitu menentang sikap segilintir rakan sekerja yang begitu taksub dengan kerja walaupun gaji tetap sama.

6. Inilah juga sebabnya saya suka menceburkan diri dengan lebih serius dalam bidang perniagaan kerana 9/10 dari pintu rezeki datang dari perniagaan.kan?

7. Harap-harap kawan-kawan saya juga menyedari akan hakikat ini lambat laun kerana saya simpati melihat segelintir kawan yang bergantung terhadap jumlah bonus yang banyak (seperti tahun sudah, minimum 5 bulan) untuk melansungkan perkahwinan, tetapi harapan tinggal harapan, harapan tidak seindah kenyataan.

8. Kenapa kita ingin bergantung kepada sesuatu yang kita sendiri tidak pasti?

9. Kenapa tidak mengusahakan sesuatu ataupun berusaha seluruh jiwa raga anda keatas perkara-perkara yang anda betul pasti pulangannya setimpal?

10. Jangan bohong lah kalau kau cakap kau kerja demi company. *gaya meludah*

11. Jangan bohong lah kalau kau cakap kau kerja demi Boss kesayangan. *gaya nak muntah*

12. Kau kerja adalah untuk diri sendiri so cut the crap will ya??









notakaki: aku tak tau sebenarnya email tuan presiden tu aku blh display untuk public ke tidak..huhu

Friday, August 21, 2009

Remdan dan Rajuk...

1. Sebelum mula berkata apa-apa, aku dgn ini mcm org lain jgk ingin mengucapkan salam ramadhan kepada semua kawan-kawan, makwe-makwe lame, rakan-rakan kerja, rakan-rakan dunia maya dan juga makcik-makcik kantin ataupun cleaner yg mengenali diri ini.mohon ampun maaf salah dan silap.

2. Klu ikutkan mlm ni plan nk gi Kuantan jumpe kawan kemudian sama-sama bertolak ke Marang untuk berjumpa sahabat.tapi kerana musim cuti sekolah melanda lantas tiket bas kehabisan.

3. Terpaksa aku postpone program ke Kuantan dan Marang pada minggu depan.

4. Tujuan aku ke Marang adlah untuk berjumpa muka-ke-muka (face to face) dgn sahabat yang baru pulang dari perantauan untuk mencari kebenaran disebalik sikap dingin beliau terhadap aku.

5. Tapi kerana terpaksa kensel last minit dek kerana tiade tiket bas ke Kuantan maka kawan aku di Kuantan ini pula bersikap dingin dengan aku.

6. Kepada kawan-kawan yang membaca coretan ini, ingin saya hamburkan disini bahawasanya:

  • saya bukan lah kawan yang sempurna untuk kalian
  • saya tidak reti atau kurang reti untuk menjaga hati dan perasaan rakan-rakan
  • saya suka berkata-kata dan kata-kata saya selalunya blh melukakan hati kawan.

tetapi.....


7. Kerana sesungguhnya saya adalah insan yang lemah dan banyak kekurangan. tapi janji saya, saya akan berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan saya itu.

8. Tetapi saya perlukan sokongan rakan-rakan seperti kalian..





notakaki: kalian tahu siapa kalian..







Thursday, August 20, 2009

Aku gembira...

Aku gembira sangat malam ni pasal 2 benda:

1) Adik aku, Izad Che Muda, dh mula berblog. Blog beliau agak cool, theme buat sendiri bkn dicilok dari mane2 website yg bg theme free.Mamat ni mmg terer dgn bende-bende yang ade kaitan dengan komputer2, design2 bagai sume tu lah.so aku igt nk srh die modified skt blog aku ni jd lebih kul (nk buat button komen kuar kat post pn aku xtau!huhu sila tembak aku bertubi-tubi)

2) Kak Arni telah follow blog gua nih!!!!!Blog beliau sendiri dah ade 325 followers as of hari ni tp die sanggup juga nk follow blog aku yang tak seberapa nih!!tahniah Kak Arni, akak jd orang yg ke lapan ratus dua puluh empat TIGA yang follow blog saya!!wahhh besnye dh ade tiga follower wei *meringkuk kesedihan di belakang pintu blk air*
:cry:



Nota Kaki: aku igt nk bg hadiah kepada follower ke 100 blog aku nih, TV LCD 48" ke?sape nk?fak support la wei!!lanci!pui!

Saya bukannye nak berperangai gampang tapi....

1. Sebenarnya agak malu aku nk post entri sebegini kat blog aku yg suci murni nih.

2. Tapi aku terharu melihat gelagat manusia mencari rezeki sesuap nasik(untuk anak-anak dan seluruh kaum keluarga mungkin)

3. Mungkin orang-orang seperti akak dlm gambar di bawah ini tidak punyai peluang yg bagus untuk mencari rezeki.

4. Lantas die sanggup menjual harga dan maruah diri sebegini rupa.

Lihatlah.....





Sunday, August 16, 2009

Selamat Ber'kongo'

Buat adikku Izad Che Muda, tahniah untuk majlis konvo lu dan tahniah sbb dapat first class honour (ces!loan xyh byr la ni bro?blh blanjo gua hari2 laa klu gini!!).

Sekian ucapan ringkas dari gua..



p/s: gua mitok gamba lu konvo lu tak bg so gua pon google laa gmba UTP Convo 2009..haha






Tolong ingatkan aku..

Aku baru je sampai dari Kelantan, perjalanan seorang diri selama 12 jam memang laa amat meletihkan. Sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Johor ke Kelantan dan Kelantan ke Johor, aku dapat banyak idea untuk dikongsi dengan rakan-rakan.

Tapi aku tidak terdaya untuk menulis semua hari ini, jadi tolong ingatkan aku untuk menulis tentang:

  1. Keropok Sukaramai
  2. Bas Sihat
  3. Honda Civic
  4. The return of Dr Ahmad Tarmuji ke Malaysia
  5. Arsenal menang bergaya di Goodison Park


Tuesday, August 11, 2009

Dari Kawan kepada Kawan...



1. Buat ape kerja sungguh-sungguh sampai menyakitkan badan sendiri?

2. Kepada yang tidak dibayar untuk kerja lebih masa (OT) kenapa nak balik lewat?

3. Kalau kau kerja kuat-kuat pendapatan bulanan kau boleh cecah RM20k setiap bulan ok gak. Tapi kalau gaji bulanan tidak berubah RM3k sebulan tidak kira sekuat mana kau kerja, sededikasi mana kau kerja, baik tak payah kerja.

4. Istilah "tak payah kerja" disini tidak bermaksud kerja tak penting, tapi cukuplah sekadar wayang di hadapan Boss sahaja.

5. Boss adalah sejenis manusia yang tidak suka lihat kita berjaya tetapi mahukan 400% daripada usaha kita.Kenapa?kerana jika kita berjaya kita akan mengambil tempatnya...

6. Kerjalah berpada-pada sahaja, cukup dengan apa yang telah dibayar.

7. Kerjaya itu hanyalah "bola getah" dalam kehidupan kita, jika jatuh boleh melantun kembali.Tetapi tidak untuk kesihatan, keluarga dan kehidupan sosial kerana mereka adalah "bola kaca" jika jatuh pecah berkecai.

8. Usahakan sesuatu yang boleh menjanjikan pulangan yang setimpal untuk usaha anda!

9. Jika and inginkan RM20k sebulan, buatlah gaya orang yang mahu RM20k sebulan.

10. Peluang banyak terhidang di luar sana, terpulang atas diri masing-masing untuk menilai.

11. Tak usah lah ego!Kalau ego kau boleh jual RM20k sebulan OK laa jugak!

12. Apa ada atas pangkat kalau duit yang kau ade tidak sebesar pangkat?

13. Apa yang kau boleh bagi kepada ibu bapa yang bersusah payah bagi kau belajar?pangkat?bukan itu yang mereka mahu.ya.mereka tidak pernah minta wang ringgit tetapi kau bagilah mereka apa yang tidak pernah mereka rasa sebelum ini..

14. Umrah, Haji, melancong, barang kemas, rumah baru, dan sebagainya, nescaya senyuman lebar akan terpampang di muka insan kesayangan kita.

15. Kerja makan gaji, mungkin boleh kebanyakkannya tidak boleh, untuk mencapai semua itu.

16. Kerana apa?tepuk dada tanya selera!!

17. Bersama-sama kita ke puncak kejayaan!





Pahit getir hidup...
dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...


Sunday, August 9, 2009

Today's 8Q Series 1

1. Bila rase down ape yang harus kita lakukan?

2. Kenapa mood aku cepat bertukar?kadang-kadang rasa boleh lepas tu rasa tak boleh pulak.Pendirian aku tak tetap ke?

3. Kalau betul pendirian tak tetap macam mana nak tetap kan pendirian?

4. Kenapa aku suka buat orang impress dengan diri aku?Dan aku sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan semua orang impress dengan aku.termasuklah menipu.kenapa?

5. Kenapa aku takut untuk mencuba sesuatu kerana aku takut keputusan yang bakal berlaku lantas aku mengambil keputusan untuk tidak mencuba lansung kerana sifat paranoid dalam diri aku ini sangat tebal?

6. Kawan-kawan yang mengenali aku, adakah benar aku ini seorang paranoid?jawapan jujur dari kalian sangtlah dihargai.

7. Kenapa aku sangat takut akan kegagalan?walhal orang yng berjaya semuanya pernah gagal berkali-kali.kalau aku takut untuk gagal adakah aku boleh menjadi orang yang berjaya dalam hidup?

8. Cita-cita aku memang tinggi dan besar tetapi kenapa usaha aku tidak sebesar cita-cita aku?




Thursday, August 6, 2009

Saya sayang kawan-kawan saya...










Tuesday, August 4, 2009

Soalan Malam: Maxis iPhone 3G[S] & Motivasi

Soalan 1:

Plan mane lebih berbaloi??

Any idea guys??

***
Soalan 2:

How to stay motivated in what ever things that we do??

Ade petua??




Disini Bermula

halangan pertama telah ku tempuh...

bagaimana untuk mengelak halangan itu??

semuanya bergantung pada diri sendiri...

"ENGKAULAH APA KAU FIKIRKAN"

Monday, August 3, 2009

Perangai Gampang!



ade ke manusia mcm ni atas muka bumi nih??nk pecah perut aku gelak!!!!dh laa perut gua bekas terbelah...shittuuu...

Sunday, August 2, 2009

Dari USJ ke Pasir Gudang

saya ade misi terbaru dalam hidup.......

apekah itu???

nantikan post seterusnya dari saya...



Blog Widget by LinkWithin