Tuesday, August 11, 2009

Dari Kawan kepada Kawan...



1. Buat ape kerja sungguh-sungguh sampai menyakitkan badan sendiri?

2. Kepada yang tidak dibayar untuk kerja lebih masa (OT) kenapa nak balik lewat?

3. Kalau kau kerja kuat-kuat pendapatan bulanan kau boleh cecah RM20k setiap bulan ok gak. Tapi kalau gaji bulanan tidak berubah RM3k sebulan tidak kira sekuat mana kau kerja, sededikasi mana kau kerja, baik tak payah kerja.

4. Istilah "tak payah kerja" disini tidak bermaksud kerja tak penting, tapi cukuplah sekadar wayang di hadapan Boss sahaja.

5. Boss adalah sejenis manusia yang tidak suka lihat kita berjaya tetapi mahukan 400% daripada usaha kita.Kenapa?kerana jika kita berjaya kita akan mengambil tempatnya...

6. Kerjalah berpada-pada sahaja, cukup dengan apa yang telah dibayar.

7. Kerjaya itu hanyalah "bola getah" dalam kehidupan kita, jika jatuh boleh melantun kembali.Tetapi tidak untuk kesihatan, keluarga dan kehidupan sosial kerana mereka adalah "bola kaca" jika jatuh pecah berkecai.

8. Usahakan sesuatu yang boleh menjanjikan pulangan yang setimpal untuk usaha anda!

9. Jika and inginkan RM20k sebulan, buatlah gaya orang yang mahu RM20k sebulan.

10. Peluang banyak terhidang di luar sana, terpulang atas diri masing-masing untuk menilai.

11. Tak usah lah ego!Kalau ego kau boleh jual RM20k sebulan OK laa jugak!

12. Apa ada atas pangkat kalau duit yang kau ade tidak sebesar pangkat?

13. Apa yang kau boleh bagi kepada ibu bapa yang bersusah payah bagi kau belajar?pangkat?bukan itu yang mereka mahu.ya.mereka tidak pernah minta wang ringgit tetapi kau bagilah mereka apa yang tidak pernah mereka rasa sebelum ini..

14. Umrah, Haji, melancong, barang kemas, rumah baru, dan sebagainya, nescaya senyuman lebar akan terpampang di muka insan kesayangan kita.

15. Kerja makan gaji, mungkin boleh kebanyakkannya tidak boleh, untuk mencapai semua itu.

16. Kerana apa?tepuk dada tanya selera!!

17. Bersama-sama kita ke puncak kejayaan!





Pahit getir hidup...
dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...


0 KOMENTAR:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin