Saturday, January 1, 2011

Catatan 2011

Tika ini, di bumi Mumbai, India, jam menunjukkan pukul 4.14AM, 01.01.11. 2011 baharu sahaja berumur 4 jam dan 14 minit.

Apa ada dengan tahun baru?Sebelum ini aku tidak pernah ambil kisah dengan tahun baru. Aku akui pernah sebelum ini, ditahun-tahun sudah, aku meyambut tahun baru bersama rakan-rakan di kala pengajian di bumi Gambang dahulu. Tetapi tidak lah sampai meyertai parti buih ataupun parti-parti liar yang lain. Sekadar melihat persembahan bunga api dari kejauhan dan makan kacang bersama air Coca-cola.

Bagi aku, hari tahun baru adalah satu lagi hari dalam Kalendar Masihi, dan tahun ini 01.01.2011 adalah bersamaan dengan 25.01.1432 ataupu 25 Muharram 1432H.

Tidak banyak azam yang aku tetapkan pada tahun ini, tetapi bagi aku, 2011 akan menjadi tahun paling bersejarah bagi aku. Ya!Akhirnya aku memasang hajat utuk mendirikan rumah tangga bersama insan tersayang. Aku ingin menjadi lelaki yang lebih bertanggungjawab, terhadap keluarga, terhadap isteri dan terhadap anak-anak.

Aku mahu belajar menjadi seorang pemimpin yang dapat memimpin isteri dan anak-anak dengan baik, menjadi seorang suami dan bapa yang sangat bertanggungjawab, penyayang dan pengasih, menjadi lelaki yang terbaik didalam hidupnya, mencintainya dengan sepenuh hati, menghiasi dirinya dengan segala kebahagiaan dan tidak mengharapkan balasan.

Tidak lupa tanggungjawab kepada Ibu ku, menjadi anak yang lebih soleh, memimpin adik-adik supaya dapat menjadi insan yang berguna, dan menyayangi Ma selagi nyawa di kandung badan.

Aku ingin baiki hubungan aku dengan Yang Maha Esa, menjaga solat 5 waktu, mengingati Dia sepanjang masa, dan menurut segala perintah dan arahan Nya manakala mencegah segala larangan Nya.

Akhirnya, aku ingin menjadi sahabat yang lebih baik untuk sahabat-sahabat aku, dan menjadi insan yang lebih baik untuk semua.

Sekian,
HadiCM
Mumbai, India.
Blog Widget by LinkWithin