Friday, December 31, 2010

Jahiliah


Zaman-zaman Jahiliah sekitar tahun 2004-2005.

Kata dia " Muka awak tak comel time ni "

ekekekekekeke
Posted by Picasa

Shivaji The Boss



hahahahahaha
Posted by Picasa

Saturday, December 25, 2010

Catatan 25 Tahun

Hari ni umur aku 25 tahun dan 2 hari.

Syukur kehadrat Illahi kerana masih diberikan kurnia untuk bernafas diatas muka bumi Allah SWT.

Entri sudah, aku mengutarakan keyakinan aku yang Disember tahun ini adalah tidak sama dengan Disember tahun sudah dan aku tidak salah sama sekali.

40 email, 30 wall post Facebook, ucapan mulut yang tidak sempat aku kira, dan yang paling penting hari lahir ku tahun ini, aku ada dia.

Dia bertanya kepada aku di hari lahir ku:

"Awak dah masuk 25 tahun, apa yang awak nak?"

"Saya nak kasih sayang awak selama-lamanya", jawab aku selamba.

"Yela, selain tu?", tanya dia lagi tidak puas hati.

Berfikir sejenak...

"Ok lah, saya nak iPhone4, iPad, MacBook...hahaha", jawab aku selamba lagi.

"Ish awak ni...materialistik nye...awak tak nak saya ke?", kata dia dengan nada merajuk.

Sayang, 23.12.2010 saya genap 25 tahun. Saya harap 23.12.2011 kita telah sah hidup bersama, lebih berharap tarikh itu kita telah bergelar Abah dan Mama, dalam kandungan. Saya bagi peluang untuk kita sambut hari lahir awak pula tahun depan, sebagai pasangan kekasih. Selepas itu saya mahu menyambut hari lahir masing-masing sebagai pasangan suami isteri sehinggalah Allah memanggil kita pulang.

Sayang, I LOVE YOU.


Hadi

Sunday, December 19, 2010

Love Story dedicated for her....



Where do i begin
To tell the story
Of how greatful love can be
The sweet love story
That is older than the sea
That sings the truth about the love she brings to me
Where do i start

With the first hello
She gave the meaning
To this empty world of mine
That never did
Another love another time
She came into my life
And made a living fine
She fills my heart

She fills my heart
With very special things
With angel songs
With wild imaginings
She fills my soul
With soo much love
That anywhere i go
Im never lonely
With her along who could b lonely
I reach for her hand
Its always there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers no
But this much i can say
I know ill need her till this love song burn away
And she;ll b there...
How long does it last
Can love b measured by the hours in a day
I have no answers no
But this much i can say
I know ill need her till this love song burn away
And she'll be there...

Wednesday, December 15, 2010

Catatan Pertengahan Disember 2010

Disember 2010, India.

Tahun ini aku menyambut kedatangan disember di India. Sesuatu tentang India yang ingin aku kongsi adalah cuaca. Walaupun tanggapan pertama aku terhadap cuaca India adalah seperti cuaca di negara-negara Afrika. Tetapi tanggapan aku meleset sama sekali. Disember adalah musim sejuk di India. Di sebahagian negara India telah mengalami fenomena salji. Di Mumbai mencatatkan suhu terendah di dalam sejarahnya. Di waktu tengah hari, akan ada sesetengah manusia di jalanan memakai baju sejuk. Mereka seperti menanti-nanti kedatangan musim sejuk ini. Setelah mereka mengalami musim panas terik (sehingga 40 darjah Celcius) antara bulan April hingga Ogos. Bagi mereka Disember adalah bulan yang penuh rahmat, bulan yang betul-betul dinanti.

Entri lepas aku menceritakan kenapa aku pernah membenci Disember. Dan aku juga coretkan apakah kelainan yang ada pada Disember kali ini. Tidak aku menulis entri ini hari ini untuk menarik balik kenyataan aku di entri lepas, tidak sama sekali. Aku masih ada "dia". dan aku masih mengharapkan Disember kali ini berbeza dengan Disember tahun-tahun sudah, yang begitu gelap dan sejuk bagi aku. Seperti gelap dan sejuknya cuaca di Mumbai ketika coretan ini dinukil. Aku jangkakan suhu Mumbai sekarang tidak lebih dari 20-22 darjah Celcius.

Sayang, kalau awak baca coretan ini, ketahuilah Sayang, saya sangat menyayangi dan mencintai awak dengan sepenuh hati dan jiwa raga saya. Saya mahukan seluruh kebahagiaan didalam dunia ini adalah milik awak. Saya begitu mengagungkan, menyanjungkan dan memuja awak. Jika pernah sesekali awak bertanya siapakah yang paling menyayangi awak dalam dunia ni, saya lah orang nya sayang. Jangan pernah sesekali meragui cinta, kasih dan sayang saya terhadap awak...

Love,
Hadi Che Muda
Mumbai, India.
5.40AM 15 Dec 2010

Saturday, December 4, 2010

December yang Sepi

Dulu, aku pernah membenci Disember, kerana apa?Kerana...

2-Dec-10 : Ulang tahun pemergian Abah ku
5-Dec-10 : Ulang tahun pemergian Nenek ku
23-Dec-10 : Hari Lahir Aku

Bagi ramai orang hari lahir adalah hari yang paling dinanti-nanti, tapi tidak untuk aku sejak 3 tahun lepas.

Disember 2010, banyak perubahan berlaku dalam hidup aku. Tapi masih Disember ini begitu suram untuk aku, tetapi, sekurang-kurangnya Disember tahun ini aku ada dia.

Dan seperti katanya:


"Disember 2010 baru saja bermula, lambat lagi nak habis"


Dan aku tersenyum girang dan berani menempuh saki baki hari dalam Disember. Kerana jauh dalam sudut hati kecil aku, Disember 2010 tidak akan sama dengan Disember 2009.

Thank you Allah...

Wednesday, September 15, 2010

Kisah Hari Raya 2010/1431H

Dalam hemat aku, raya tahun ni adalah yang paling bermakna dalam sejarah aku bernafas di muka bumi selama 25 tahun ni. Bukan sebab kahwin mahupun tunang seperti segelintir sahabat-sahabat aku tetapi sebab yang lebih agung (kot?). Ah siapa aku nak cakap benda tu agung ke tidak tetapi dalam hemat aku, aku rasa membahagiakan insan yang membahagiakan aku tu, agung.

Orang cakap wang ringgit bukanlah jadi ukuran untuk kita berjaya dalam hidup. Kereta besar, awek ramai, dan selalu clubbing juga tidaklah menjadi ukuran. Bagi aku, bagaimana kita boleh membahagiakan insan yang melahirkan kita adalah ukuran untuk kejayaan kita dalam hidup.

Kalau nak bandingkan pengorbanan beliau sepanajang aku hidup dengan apa yang telah aku sumbangkan untuk beliau rasanya jauh lagi tetapi sekurang-kurangnya, beliau mampu tersenyum dan berbangga dengan aku.

***

Modus operandi raya tahun ni lebih kurang sama dengan tahun-tahun sudah. Yang sedikit berbeza raya tahun ni banyak berita pasal pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan satu lagi berita orang kena bakar aku tak ikut sangat perkembangannya. Oh tak lupa juga pada cerita Pastor Florida bercadang membakar Quran secara besar-besaran.

Malam raya macam biasa kami, Cucu-cucu Tok Imam, akan mengadakan ritual biasa macam tahun-tahun sudah, makan 'colek' di Pantai Cinta Berahi. Nampak macam biasa saja tapi dalam maknanya kepada kami semua, sekurang-kurangnya untuk aku.

Pagi Raya, macam biasa juga skripnya, pergi melawat Abah, sedekah Yasin selepas solat sunat. Lepas tu umum tahu rasanya, bermulalah sesi bersalam-salaman, yang aku lebih suka panggil sesi 'Drama Melayu' yang mana kepada mereka yang lemah semangat memang akan berair matanya. Tapi aku steady, setitik pun tak keluar, macam tahun-tahun sudah juga. Aku akui ketika melawat Abah, ada bertakung juga air mata tak sempat menitik sebab aku pergi dengan adik jadi tak manis lah kalau Abang menangis depan adik ye tak?

***

Raya ke dua, pun macam tahun-tahun sudah, bangun tidur pukul 12 tengah hari, ruang tamu riuh rendah orang datang beraya memang dibuat tidak tahu saja. Bak kata pepatah yang dipopularkan oleh sahabat aku, Mokhzaini, memang nama sebenar;

"Ikut resam batu, dihentam ombak tetap utuh."

***

Raya ketiga dah tak macam raya aku rasa, dah lebih kepada hari Ahad yang biasa-biasa. Tiada orang datang beraya dan juga tidaklah kami pergi beraya. Oh, sesi petangnya kami pergi melantak rumah terbuka sepupu dan malamnya pula, sesi memantapkan rohani, ada sesi tahlil semperna pemergian Arwah Pok Teh ku mengadap Illahi. Oh, selepas tahlil bingkas bangun meratah ayam percik dan sup daging.Fuh!

***

Raya ke empat, baru datang mood raya balik, itu pun disebabkan ada sesi rumah terbuka. Letih macam orang gila walaupun gua hanya ditugaskan untuk membeli barang-barang yang short dan juga sebagai tukang bakar satay. Walaupun pergi kedai naik kereta dan hanya mengipas satay sahaja tetapi kalau dah setiap 10 minit kena pergi kedai dan gua terpaksa pakai spek hitam nak tahan pedih mata tatkala mengipas satay, badan aku juga pandai berkata letih.

Akibatnya gua tertidur waktu Maghrib.Fuh!

***

Raya kelima, ayah saudara aku dah balik, begitu juga sepupu-sepupu aku, rumah aku pun dah taknak beraya, dah hari raya lansung takda gaya raya.

Aku menulis disini, di LCCT menunggu penerbangan ke Mumbai pada 9.20 pagi nanti.

Oh, aku berjaya memanggil kawan-kawan datang ke LCCT untuk beraya di McD. Haruslah aku yang menjadi banker, tapi tak ada hal sangat sebab dah lama aku tak bertemu mereka itu.

***

Ah babi, aku dah tak ada idea nak tulis apa lagi, nanti lah aku sambung balik part pasal mak aku tadi.


bersambung...

Monday, August 9, 2010

Mokhzaini (memang nama sebenar) dah TAG aku (kot?)

Dalam banyak-banyak TAG rakan-rakan (Mokh je pun) bagi, aku rase nak sahut yang ni;

Peraturan:
Nampak mudah, tetapi sebenarnya lebih sukar apabila dibuat. Salin pada nota anda sendiri, padamkan jawapan saya, masukkan jawapan anda dan kenakan (tag?) 20 orang termasuk mereka yang kenakan (tag?) anda (apa punya perangai tag nih).

Gunakan huruf pertama pada nama anda untuk menjawap setiap soalan yang diberikan. Jawapan mestilah yang sebenar bukan dongengan!

Jika individu sebelum anda - mereka yang tag anda (ah dah makin panjang arahan dia pula nih), mempunyai 'initial' yang sama dengan anda, anda mesti menggunakan jawapan yang berlainan. Tidak boleh menggunakan 2 jawapan yang sama berulang kali dan tidak boleh menggunakan nama anda sebagai jawapan kepada soalan nama budak lelaki/perempuan itu (apa ni??).




Nama anda: Hardy, Matt

Perkataan dengan 4huruf: Hari

Nama budak lelaki: Hernandes (baru tengok dia score pakai hidung tadi)

Nama budak perempuan: Halimah

Sejenis(?) pekerjaan: Halau Hantu

Sejenis warna: Hijau

Sesuatu yang anda akan pakai: Honda

Sejenis makanan: Horse-shit (bodo!)

Benda yang dijumpai dalam bilik air: Hidden talent (pandai menyanyi sambil menyabun misalnya)

Nama Tempat: Holland (tempat asal Bergkamp, hell yeah)

Sebab datang lambat: Handphone saya jatuh dalam lubang tandas.

Sesuatu yang anda jeritkan: Hoi bangsat!

Nama filem: Hooligans (Green Street Hooliguns, aci tak?)


Sesuatu yang anda minum: Ho ho ho, horlicks.

Kumpulan muzikal: Hujan

Sejenis haiwan: Harimau Malaya

Nama Jalan: Hiranandani Gardens (nama tempat kat India sebenarnya, tapi bolehlah ye tak?)

Sejenis kereta: Honda City 8686 (kesayangan gua)

Sejenis buah-buahan: Buah Hati (tak da idea punya pasal, aku siap google tu)

Nama tajuk lagu: H-Eternal Flames (aku tak kira, aku suka lagu ni)


Dengan ini, tiada dara lagilah blog ini (in term of TAG-WORLD ni lah).



-end-

Saturday, July 31, 2010

Dari Pasir Gudang ke Mumbai 4

Hari ini, 31 Julai 2010, maka genaplah 100 hari aku berada di bumi Mumbai. 100 hari yang penuh dengan kejutan, tekanan, dan paksaan. Mungkin dalam 100 hari ni, separuh darinya masa aku habiskan diatas jalan raya dan berlegar-legar di pejabat klien.

Bila dikenang-kenangkan, permulaan tahun 2010, aku bertekad aku mahu sesuatu yang baru, sesuatu yang aku tidak pernah cuba, sesuatu yang sukar, aku mahu cabar diri aku, aku mahu tangok sampai mana aku boleh pergi, aku mahu buat sesuatu yang orang cabar aku untuk buat, pendek kata aku mahu tahu ape kekuatan/kelemahan aku. Aku mahu mencari identiti diri aku!

Nampaknya Tuhan makbulkan doa aku, Dia hantar aku pergi India (memanglah Boss aku yang hantar sebenarnya), tempat baru, environment kerja baru, tekanan bertambah, bende baru yang aku perlu belajar. Bukan sekadar belajar, tapi perlu belajar dengan cepat.

101 hari yang lalu, aku ditugaskan sebagai Project Engineer untuk bahagian kerja-kerja Struktur. Sesuatu bidang yang memang aku sangat suka, tetapi pengetahuan aku terhad. 101 hari dulu, aku tidak tahu ape itu QA/QC, selain daripada tugas mereka menjaga dan mengekalkan kualiti, aku tidak tahu apa itu Procurement, selain tugas mereka membeli barang-barang keperluan projek, aku tidak tahu ape itu Expediting, selain tugas mereka mengejar barang-barang projek supaya sampai di limbungan (yard) dengan cepat. Pendek kata, banyak aku tidak tahu. Yang aku tahu, aku dapat semuanya (materials, drawings, etc), dan aku ada subcontractor, tugas aku pantau aktiviti sub-kontraktor mengikut jadual dan timeline yang telah diletakkan.

Yang paling penting, 101 hari lalu aku tidak tahu bagaimana hubungan sesama manusia boleh memudahkan lagi kerja-kerja seharian kita. Kerana 101 hari lalu, aku hanya menggunakan sifat aku yang bossy ni untuk siapkan kerja. Aku tidak pernah peduli perasaan orang lain, aku hanya kisah apa yang tertulis diatas kertas. Kalau kau lambat kau tetap lambat dan aku tak kan dengar apa alasan kau.

Hari ini, aku agak bangga dengan diri sendiri, tak sangka aku boleh belajar benda baru, dalam masa yang sama boleh kawal segala tekanan dari semua sudut. Tidak dinafikan, menjadi Jurutera Muda didalam syarikat besar, dihantar pula ke negara orang, bergaul dengan orang-orang atasan, kebanyakan kerja aku adalah pembantu kepada mereka-mereka ini, atu lebih tepat lagi, aku adalah kambing hitam disini.

Tapi aku tidak mengambil kisah atau endah, kerana aku mahu belajar sebanyak mungkin dan sepantas mungkin. Kerana aku telah dicabar oleh Boss aku, kawan-kawan aku, dan keluarga aku.

Belajar, bukan hanya belajar teknikalnya, tapi juga aku mahu belajar erti hidup dan erti hubungan sesama manusia. Bagaimana dulu aku sangat sombong/angkuh/bongkak dan berkira bila berkaitan dengan kerja, disini, aku berjaya buang sikap buruk aku itu, demi mencapai matlamat yang telah aku tetapkan.



"Don't you challenge me, you will be very suprised" Che Muda, Mohd Nor Hadi (July, 2010)

"When I set my heart on something, I will not rest until I get it" Che Muda, Mohd Nor Hadi (July, 2010)





bersambung....

Saturday, June 19, 2010

Dari Pasir Gudang ke Mumbai 3

Sebelum tiba di Mumbai dari Pasir Gudang, ramai yang bercerita tentang 'keindahan' Mumbai. Seperti di dalam cerita Slum Dog Millionaire, begitu lah tanggapan mereka terhadap Mumbai, mungking lebih teruk. Sehingga mungkin ada yang menasihati aku untuk menarik diri.

Manusia-manusia bertandaskan bahu jalan, air longkang sebagai tempat mandi, dan tidur bersama binatang dan bunyi bising horn kereta di tepi jalan.

Memang itu semua yang berlaku di Mumbai aku tidak nafikan. Geli, jijik, dan nak muntah memang wujud dalam hati aku yang tak berapa suci ini.

Pernah beberapa kali aku ternampak secara 'live' beberapa kelibat manusia menjalankan hajat besar nya ditepi jalanan bagai tiada siapa-siapa pun yang melihat, pernah juga aku hampir-hampir terpijak hasil hajat mereka. Sebagai manusia normal memang aku akan menyumpah seranah.

Tetapi, hati nurani aku terdetik, betapa kesusahan mereka, mengajar aku menjadi lebih dewasa. Dari sekadar merungut tidak tentu hala, aku terfikir bagaimana mereka meneruskan hidup mereka sehari-harian.

Betapa mereka menghargai nilai 1 rupee yang bersamaan dengan kurang 8 sen wang Malaysia!Tatkala kita di Malaysia, tidak menghargai walau RM1 pun!


***

Mantan Presiden Amerika, John F, Kennedy, pernah berkata;

"Ask not what your country can do, ask what you can do for your country"

Apa yang saya cuba katakan adalah bersyukur lah dengan apa yang kita ada sekarang, jangan suka merungut itu tidak betul dan ini tidak betul. Tanyalah dengan diri sendiri, "Adakah aku betul?".

Sekurang-kurangnya itu adalah salah satu nilai kehidupan yang aku belajar disini, dan aku cukup menghargainya.


***


Bagaimana aku boleh menjalankan kehidupan sehari-harian aku di India?

Jawapan aku;

JUST SUCK IT UP!




bersambung...

Monday, May 10, 2010

Dari Pasir Gudang ke Mumbai 2

Pertama kali aku miting dengan ONGC aku terpinga, bukan kerana apa, kerana suasana miting di India ni lain dari Malaysia. Nombor satu, sebab English diorang yang belit-belit tu aku susah nak faham. Nombor dua, miting tak ada gaya miting lansung, lebih kepada pak cik jual ikan di pasar malam tengah nego harga dengan pembeli. Aku rasa kat pasar malam lagi ada tamadun kot.

Aku diperkenalkan dengan wakil-wakil pelanggan (client) aku, dengar kata diorang ni garang kalah singa!Kalau singa terserempak dengan diorang mebi singa respek tunduk muka. Tapi bagi aku biasa je. Tiada taring, kuku tajam mahupun ekor berbelit (oh!mungkin imajinasi aku lebih kepada binatang lain yang ada ekor berbelit) terdapat pada mereka.


"Mr. Garg, this is our new Interface Engineer, his name's Hadi." Olah Manager aku dengan mantap.


"Mera naam he Hadi" Luah aku sambil tangan kanan di genggam erat serta nafas yang kucar-kacir.



Aku tersenyum nipis, genggaman erat belum dilepaskan.




***



"Hah! Macam mana Di? Ok ke kau nak mengadap diorang tiap hari?" Tanya Pengurus aku sambil meminta di paranawei agaknya.


Aku tersenyum nipis lagi sekali sambil menikmati suasana sesak dijalan raya Mumbai.


Pulang ke hotel, aku termenung sejenak, memikirkan kemampuan diri sendiri, menempuhi hari-hari yang bakal mendatang, kesesakan jalan tahap maksima, abang-abang Auto Rikshaw yang tiada disiplin di jalanan, dan "singa-singa" sebagai client aku.



"Ah!Fak lah!Makan chicken beriyani lagi syiok!" Jerit aku padu dan penuh bertenaga di dalam hati.




bersambung....

Sunday, April 25, 2010

Dari Pasir Gudang ke Mumbai 1

Aku sampai di Mumbai lebih kurang pukul 10.50 malam waktu Mumbai, lebih kurang 5 jam juga perjalanan dari KL. Seingat aku masuk kali ni baru 2 kali aku sampai KLIA, memang betul-betul aku terpegun dengan kecanggihan reka bentuk dan seni bina KLIA. MAcam jakun jugak lah aku jadi nya.


"Di, buat-buat rilek dah laa!" kata kawan seangkatan ku yang juga Interface Manager baru aku.


Oh, bukan beliau baru masuk Interface Team ya, aku yang baru menyertai pasukan antara-muka ini. Apa gila aku dari Construction Team boleh masuk Interface?Hah!Aku pun tak dapat jawab soalan ni, rasanya soalan kamir 3 kali masa SPM dulu lagi senang kot. Tengah korek tahi gigi pun selamba aku jawab.

Dalam-dalam aku terpegun macam orang jakun tu, sempat juga aku ushar marka-marka yang lalu lalang tapi tidak termasuk aci-aci India yang pakai saree seksi nampak perut lipat-lipat, pusat dalam, ketiak berdaki ya!Tapi ada juga seorang dua yang mencapai stended aku. Tengah aku kelam-kabut nak check-in, ada satu SMS masuk;


"Kau katne dh?", Mokhzaini, memang nama sebenar.


Kalau ikutkan hukum alam, memang aku ada janji dengan mamat ni nak gi pekene Chicken Cheese kat Nilai itu hari, walaupun aku tau rasa Chicken Cheese tu tak ada seni lansung. Aku kurang 'in' dengan masakan tak ada seni, tekak aku rejek balik nanti. Selera tekak aku memang high taste, tapi kalau lapar sanagt sampai hampir-hampir kena gastrik, nasi lauk telur goreng tak ada seni pun boleh jadi selera.

Dengan penuh rasa bersalah yang tersemat di dada, sambil kelam-kelibut nak masukkan passport dalam mesin-masuk-passport-apa-nama-pun-aku-tak-tahu, aku call Mokhzaini;


Abang Hensem: Maok!Flight aku awal lah!Aku lupe bagitau ko!
Gemaok: Babi, macam ni lah kawan.
Abang Hensem: Alah serius aku tak sengaja!
Gemaok: Hantar poskad wei!
Abang Hensem: SMS aku alamat ko.


Dalam hati aku time tu, memang aku berniat nak bagi poskad kat Team LBk semua, tapi sesampainya aku di Mumbai aku batalkan niat suci aku tu buat sementara.



***


Sampai je Mumbai International Airport, aku dah start loya-loya tekak, dahi berpeluh-peluh, nafsu amarah naik mendadak, kerana udara yang aku hirup di Mumbai tidak sama di Malaysia. Udara Mumbai bau kari, sireh, dan ketiak busuk. Time ni lah cerita-cerita tentang Mumbai dari kawan-kawan Pasir Gudang rewind dalam fikiran.

Sambil tunggu driver pick-up kitorang sempat juga aku main kenyit-kenyit mata dengan marka hindustan yang lalu-lalang. Time ni baru nafsu amarah aku dah tukar jadi nafsu lain yang lebih nikmat.



***


"Oooo, ni lah slum, macam dalam cerita Slumdog Millionaire tu" Getus aku dalam hati.

Kejutan budaya juga aku jadinya, tapi entah kenapa, aku jadi seronok. Mungkin sebab aku tak pernah tengok keadaan macam tu di mana-mana sebelum ni. Sambil Abg Drebar merentasi jalan Mumbai yang aku tak faham Jurutera jenis apa yang design, aku pun tak suka subjek Highway dulu, tapi kalu aku design lagi cantik kot, aku terpegun dengan budaya Indians di jalan raya, picit horn ikut sedap je. Kalau kat Malaysia memang dah kena maki kaw-kaw. Silap-silap boleh berbunuh-bunuhan. Tapi diorang selamba badak je. Aku senyap dalam terpegun.


"Ko kena biasakan Di, ko kena duduk kat sini lama!" Luah Manager aku itu.

"Babi" Getus ku dalam hati sambil senyum nipis.



bersambung....

Friday, January 1, 2010

01.01.10

Tahun 2010 akan mencorakkan kehidupan aku untuk 20-30 tahun akan datang, aku harap semua berjalan lancar.Amin
Blog Widget by LinkWithin