Monday, May 10, 2010

Dari Pasir Gudang ke Mumbai 2

Pertama kali aku miting dengan ONGC aku terpinga, bukan kerana apa, kerana suasana miting di India ni lain dari Malaysia. Nombor satu, sebab English diorang yang belit-belit tu aku susah nak faham. Nombor dua, miting tak ada gaya miting lansung, lebih kepada pak cik jual ikan di pasar malam tengah nego harga dengan pembeli. Aku rasa kat pasar malam lagi ada tamadun kot.

Aku diperkenalkan dengan wakil-wakil pelanggan (client) aku, dengar kata diorang ni garang kalah singa!Kalau singa terserempak dengan diorang mebi singa respek tunduk muka. Tapi bagi aku biasa je. Tiada taring, kuku tajam mahupun ekor berbelit (oh!mungkin imajinasi aku lebih kepada binatang lain yang ada ekor berbelit) terdapat pada mereka.


"Mr. Garg, this is our new Interface Engineer, his name's Hadi." Olah Manager aku dengan mantap.


"Mera naam he Hadi" Luah aku sambil tangan kanan di genggam erat serta nafas yang kucar-kacir.



Aku tersenyum nipis, genggaman erat belum dilepaskan.




***



"Hah! Macam mana Di? Ok ke kau nak mengadap diorang tiap hari?" Tanya Pengurus aku sambil meminta di paranawei agaknya.


Aku tersenyum nipis lagi sekali sambil menikmati suasana sesak dijalan raya Mumbai.


Pulang ke hotel, aku termenung sejenak, memikirkan kemampuan diri sendiri, menempuhi hari-hari yang bakal mendatang, kesesakan jalan tahap maksima, abang-abang Auto Rikshaw yang tiada disiplin di jalanan, dan "singa-singa" sebagai client aku.



"Ah!Fak lah!Makan chicken beriyani lagi syiok!" Jerit aku padu dan penuh bertenaga di dalam hati.




bersambung....

2 KOMENTAR:

Qastalani® said...

Kau kat Mumbai ek. Wess. nanti tension la kau x bole makan daging. xda daging rendang. xda Mc Donald daging. hahahha.. kau patut tengok cerita outsourced. kisah org putih tercampak kat negeri India.

Beb, bila balik sini? kain murah dan cantik x? Beli buat niaga sini la. Haku nak beli nihh

Hadi Che Muda said...

xpa laa mkn daging ni xbgs utk kesihatan...hihi...

tp arini aku dh srh cook aku msk daging..nyum2!!!

tarikh blk msia akan diumumkan kemudian harap bersabar...hihi

a'ah laaa brg2 kat sini murah abess seyh esp leather n kain saree....nk ke?aku makap 50% aci?hihihi

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin