Saturday, July 31, 2010

Dari Pasir Gudang ke Mumbai 4

Hari ini, 31 Julai 2010, maka genaplah 100 hari aku berada di bumi Mumbai. 100 hari yang penuh dengan kejutan, tekanan, dan paksaan. Mungkin dalam 100 hari ni, separuh darinya masa aku habiskan diatas jalan raya dan berlegar-legar di pejabat klien.

Bila dikenang-kenangkan, permulaan tahun 2010, aku bertekad aku mahu sesuatu yang baru, sesuatu yang aku tidak pernah cuba, sesuatu yang sukar, aku mahu cabar diri aku, aku mahu tangok sampai mana aku boleh pergi, aku mahu buat sesuatu yang orang cabar aku untuk buat, pendek kata aku mahu tahu ape kekuatan/kelemahan aku. Aku mahu mencari identiti diri aku!

Nampaknya Tuhan makbulkan doa aku, Dia hantar aku pergi India (memanglah Boss aku yang hantar sebenarnya), tempat baru, environment kerja baru, tekanan bertambah, bende baru yang aku perlu belajar. Bukan sekadar belajar, tapi perlu belajar dengan cepat.

101 hari yang lalu, aku ditugaskan sebagai Project Engineer untuk bahagian kerja-kerja Struktur. Sesuatu bidang yang memang aku sangat suka, tetapi pengetahuan aku terhad. 101 hari dulu, aku tidak tahu ape itu QA/QC, selain daripada tugas mereka menjaga dan mengekalkan kualiti, aku tidak tahu apa itu Procurement, selain tugas mereka membeli barang-barang keperluan projek, aku tidak tahu ape itu Expediting, selain tugas mereka mengejar barang-barang projek supaya sampai di limbungan (yard) dengan cepat. Pendek kata, banyak aku tidak tahu. Yang aku tahu, aku dapat semuanya (materials, drawings, etc), dan aku ada subcontractor, tugas aku pantau aktiviti sub-kontraktor mengikut jadual dan timeline yang telah diletakkan.

Yang paling penting, 101 hari lalu aku tidak tahu bagaimana hubungan sesama manusia boleh memudahkan lagi kerja-kerja seharian kita. Kerana 101 hari lalu, aku hanya menggunakan sifat aku yang bossy ni untuk siapkan kerja. Aku tidak pernah peduli perasaan orang lain, aku hanya kisah apa yang tertulis diatas kertas. Kalau kau lambat kau tetap lambat dan aku tak kan dengar apa alasan kau.

Hari ini, aku agak bangga dengan diri sendiri, tak sangka aku boleh belajar benda baru, dalam masa yang sama boleh kawal segala tekanan dari semua sudut. Tidak dinafikan, menjadi Jurutera Muda didalam syarikat besar, dihantar pula ke negara orang, bergaul dengan orang-orang atasan, kebanyakan kerja aku adalah pembantu kepada mereka-mereka ini, atu lebih tepat lagi, aku adalah kambing hitam disini.

Tapi aku tidak mengambil kisah atau endah, kerana aku mahu belajar sebanyak mungkin dan sepantas mungkin. Kerana aku telah dicabar oleh Boss aku, kawan-kawan aku, dan keluarga aku.

Belajar, bukan hanya belajar teknikalnya, tapi juga aku mahu belajar erti hidup dan erti hubungan sesama manusia. Bagaimana dulu aku sangat sombong/angkuh/bongkak dan berkira bila berkaitan dengan kerja, disini, aku berjaya buang sikap buruk aku itu, demi mencapai matlamat yang telah aku tetapkan.



"Don't you challenge me, you will be very suprised" Che Muda, Mohd Nor Hadi (July, 2010)

"When I set my heart on something, I will not rest until I get it" Che Muda, Mohd Nor Hadi (July, 2010)





bersambung....
Blog Widget by LinkWithin