Sunday, October 4, 2009

Api

Hello Humanity!

Dah lama rsanya aku update blog.Disebabkan tidak mahu dilabel beralasan maka aku mengaku bahawasanya aku malas!!

Memang kemalasan dalam diri aku menebal sejak kebelakangan ini sedari cuti raya hingga sekarang memang aku seperti kurang motivasi hendak melakukan apa-apa sahaja baik kerja ataupun kerjaya. Jika sebelum itu aku cukup bersemangat tetapi dikekang oleh kesuntukan masa kerana terpaksa bekerja keras menyiapkan projek, tetapi setelah tamat projek, aku punyai banyak masa, tetapi aku kurang semangat pula.

Mungkin dengan masa yang banyak itu membuat aku lebih banyak masa untuk berfikir. Berfikir adalah sesuatu yang sangat hebat jika dapat diaplikasikan dengan baik tetapi menjadi sesuatu yang disebaliknya jika terlampau lebih berfikir.

Bagi aku atau orang-orang macam aku, berfikir panjang adalah kurang baik.Kenapa?Kerana aku terlampau taksub untuk berfikir jauh kehadapan sehingga aku terlupa kehebatan berfikiran pendek. Jangan salah faham, aku tidak cakap berfikir jauh tu tidak baik tetapi bagi sesetengah situasi, berfikiran singkat adalah lebih baik.

Di dalam situasi aku, aku suka berfikir tiap-tiap sesuatu yang aku hendak lakukan, aku cenderung berfikir tentang akibat-akibat yang bakal timbul dan selalunya semua itu negatif dan selalunya semua itu tidak akan berlaku pun!

Kerana takut untuk menerima penolakan, cemuhan, kritikan dan kegagalan telah menolak aku jauh dari cita-cita aku. Walau aku sedar setiap orang yang berjaya mesti akan merasai setiap perkara yang disenaraikan diatas, tetapi kenapa aku masih takut?

Jadi, hari ini, 4 Oktober 2009, aku berazam untuk membuang perasaan takut aku itu, demi mencapai cita-cita murni aku. Aku akan lebih percaya terhadap diri sendiri. Aku akan membaiki apa yang kurang dalam diri ini.

Aku ingin menyemarakkan kembali api yang semakin malap dalam diri ini!







notakaki: mungkin faktor berat badan yang semakin naik punca aku semakin malas?
notaibukaki: mungkin faktor masalah yang aku hadapi membuat aku demotivated sekarang?

2 KOMENTAR:

Izad Che Muda said...

Wey, ape daa curi trademark gua. Saman kang.

Hadi Che Muda said...

pinjam.hahahah

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin