Wednesday, September 2, 2009

Rejection

1. Akhirnya saya berjaya menulis lagi setelah beberapa hari berada di Ibu Negara Malaysia, hari-hari yang sibuk (dan juga beberapa hari yang malas) membuat saya tidak dapat menulis.

2. Di USJ itu hari, saya menonton Discovery Channel, kisah berkenaan Datuk Lat; siapa tidak kenal Datuk Lat ye tak?

3. Sebelum beliau menjadi seorang pelukis kartun yang tersohor bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Hong Kong dan Jepun, beliau pernah dicemuh/dihina/dicaci selama 3 tahun!

4. Ada yang mengatakan, karya beliau tidak bagus, macam sampah dan bermacam-macam kata-kata kesat yang dilempar (umpama diludah dimuka)

5. Tetapi sekarang beliau tetap berjaya, semua orang kenal Datuk Lat (sampai masuk Discovery woi!!)

6. Lalu saya terfikir, semua insan-insan berjaya di dunia ini, semuanya pernah merasai apa yang dirasai oleh Datuk Lat itu. Einstein, Beethoven, The Beatles dan ramai lagi.

7. Pendeknya, setiap orang berjaya mesti melalui tempoh sukar dalam hidup mereka samada mereka menghadapi rejection atau penyakit-penyakit lain yang boleh membantutkan usaha atau niat murni yang mereka cuba lakukan.

8. Persolannya, bagaimana mereka kekal bersemangat sepanjang masa??

9. Kenapa mesti ada rejection?






notakaki: bersambung di post seterusnya, otak dan badan sangat letih





0 KOMENTAR:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin