Sunday, November 15, 2009

Diari Hujung Minggu

Sabtu:

8 AM - 12 PM : Kerja (baca: tido dalam ofis tak buat ape2 kerja pun)

12 PM - 3 PM : Selepas makan tengah hari, merehatkan badan dan minda (baca: tido depan tv)

3 PM - 11 PM : Berada di Kota Tinggi berbincang dan berdiskusi (baca: berkebun dlm FB)

11 PM - 4 AM : Berada di Pontian bersama rakan-rakan di mapley (baca: gelak smpi tercekik)

Ahad:

4 AM - 1 PM : Merehatkan badan dan minda yang letih di Taman U Skudai (baca: tdo xigt dunya)

3 PM - 6 PM : Berada di Pontian melihat gelagat penduduk Pontian

6 PM - 11 PM : Berada di Taman Molek, JB, makan dan berkumpul bersama rakan-rakan sambil karoke dan meluahkan pendapat dan cadangan sambil menimba ilmu.

11.54 PM : Aku menulis entri ini...


Nota:

1) Disini, aku mengerti erti persahabatan dan setiakawan.

2) Disini, aku menjumpai kawan dan sahabat ketika senang dan susah.

3) Disini, aku sangat gembira.

4) Gembira dapat membantu rakan-rakan (walaupun sedikit).

5) Tetapi, aku juga iri hati/sakit hati/pedih ulu hati dengan kejayaan org lain.

6) Kerana aku sendiri tidak lah se-gah mana pun.

7) Tetapi aku gembira kerana aku dapat menggembirakan rakan-rakan aku.

8) Inilah kehidupan aku....



End

0 KOMENTAR:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin