Thursday, July 30, 2009

Kenapa KOLO?


Saya telah menjadi penyokong Arsenal yang tegar sejak 1998, jika dikira sudah hampir sebelas tahun saya menyokong kelab kesayangan saya ni. Saya telah menyaksikan ramai pemain yang datang dan pergi dari/ke Arsenal.

Tatkala Dennis Bergkamp mengumumkan persaraan, penghijrahan Thierry Henry ke Barcelona, Patrick Vieira ke Juventus untuk mengejar takhta Champions League, dan Freddie Ljunberg ke Wet Ham untuk mengejar masa permainan, saya selaku penyokong berasa sedih tapi tidak terlampau sedih.

Tetapi, bila Kolo Toure dikhabarkan akan menyertai Manchester City, dengan yuran 14 juta pound, saya terasa begitu kehilangan terhadap kelab. Saya suka Toure sebab die cool, great leader, dan seorang fighter yang sangat kuat!

Berbanding dengan Gallas, Toure jauh lebih baik dari pandangan mata saya.

Peroalan yang timbul sekarang di minda saya...


KENAPA KOLO????


Tuesday, July 28, 2009

Lagu Semangat Saya



tatkala saya down atau ketika saya memerlukan re-charge hyper level saya, saya akan dengar lagu ini berulang-ulang kali...



Sunday, July 26, 2009

Tribute to Allahyarhamah Yasmin Ahmad



Tepat pukul 11.25pm semalam, Malaysia telah kehilangan seorng pengarah dan yang paling penting negarawan yang sangat berbakat!

Faktor kematian adalah disebbkan oleh pendarahan otak yang akhirnya menyebabkan stroke.

Siapa yang boleh lupa dengan rentetan iklan-iklan petronas di kala Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Merdeka dan hari-hari kebesaran Malaysia yang lain-lain?

Siapa juga boleh lupa barisan filem-filem hebat yang telah banyak memenangi anugerah baik dalam mahupun luar negeri seperti Sepet atau Gubra??

Tidak lupa juga barisan pelakon-pelakon handalan yang berjaya di bentuk oleh beliau seperti Sharifah Amani dan Pierre Andre???

Aku paling suka iklan merdeka 2007 nukilan Arwah berkaitan percintaan 2 budak sekolah berlainan bangsa dan agama. Secara tidak lansung hasil nukilan-nukilan beliau telah mengeratkan lagi perpaduan dikalangan kaum di Malaysia.

Sesungguhnya Malaysia telah kehilangan seorang lagi seniman dan negarawan agung. Tiada lagi Yasmin Ahmad. Tiada siapa lagi yang dapat menggantikan Yasmin Ahmad.

Kak Yasmin, walaupun kita tidak pernah bersua, tapi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala pengorbanan dan jasa-jasa yang Kak Yasmin curahkan. Amanlah Kak Yasmin disana. Terima kasih dari seluruh rakyat Malaysia!!!

AL_FATIHAH





Saturday, July 25, 2009

Ketika Aku Melompat dari Blog ke Blog 1

Sila klik sini.

Aku x sangka ade orang atas dunya ni yg betul2 fanatik terhadap ayam hutan sehingga sanggup azan di telinga tatkala menetas dan jugak membuka buku simpanan ayam hutan tersebut untuk tujuan pelajaran.

Mungkin penulis tidak memaksudkannye, tetapi, mmg cool teknik penulisan beliau!

Kepada Abg Firdaus, kire aci laa ye gua link lu punye post kat sini ek...

Oh!mungkin aku akan jadi pengunjung setia blog itu untuk beberapa hari sebelum memutuskan untuk meletakkanya di dalam blog list aku.



kalau ini ayam hutan


ini ayam ape pulak???





Friday, July 24, 2009

Mimpi

Kini,
aku telah pandai bermimpi,
mimpi yg sebelum ini sukar untuk kucapai,
tetapi,
tidak sekarang,
aku telah nampak jalan,
jalan mencapai mimpi,

Cuma,
mimpi hanyalah sekadar mimpi,
jika tidak aku cuba menggapai mimpi-mimpi itu,
cuba tidak calang-calang cuba,
percubaan yg dipenuhi dengn usaha,
disulami doa dan dihiasi dengan tawakkal,

Dan lagi,
dipertengahan jalan,
mungkin datang cubaan dan dugaan,
yang berbentuk,
tohmahan, gelak tawa, dan penolakan,
dan segala macam dugaan,
yang memang direka untuk merendahkan keyakinan diri,

Tapi,
itu semua biasa,
tatkala Lim Goh Tong ingin membuka penempatan di Genting,
ramai yang berkata dia gila,
tatkala Thomas Edison ingin mencipta lampu dan gagal berkali-kali,
ramai yang berkata dia bodoh,
sekarang,
siapa gila?
siapa bodoh?
siapa yang dapat gelak terakhir?

Jadi,
bangun lah diriku,
rajin-rajin kan lah berusaha,
membantu yang lain untuk berjaya,
adalah resepi kejayaan yang terbaik,
SEE YOU AT THE TOP!!!


p/s: entri ini adalah kesinambungan dari entri en mat art-art dan entri en maok


Thursday, July 23, 2009

Nota Meja 3

Semalam,





aku ke skudai, berjumpa rakan-rakan,





berbual di restoran aliff taman u 3-4jam,





aku mendapat semangat baru,





thanks guys...



Wednesday, July 22, 2009

Nota Meja 2

hari ini aku sedar, bahawasanya aku perlu ubah niat aku...


untuk berjaya dengan membantu orang lain untuk berjaya...


aku sudah silap dan syukur aku tersedar...


niat itu harus ditukar...


Tuesday, July 21, 2009

Sekembali di Pasir Gudang & Restu Ibu

Salam,

Pukul 4 pagi aku sampai di Pasir Gudang dari Ibukota, terjumpa sahabat sekerja di Sime Darby Eng, sangat seronok kerana adalah jugak teman berbual.

Serba sedikit mengenai sahabt baru aku itu:

Umur: 25 tahun
Status: Baru kawen 5 bulan
B/Ground famili: bisnes (ladang getah, bijih timah,investment)
Pengalaman bisnes: tiada (bisnes tidak diwariskan)
Minat bisnes: ya.bercadang membuka francais KFC

Borak punya borak rupenya umah sewa die pun satu taman dengan aku...so blh laa tumpang kawan die blk umah setelah turun di stesen bas pasir gudang. kawan die pulak tu mmg aku kenal..secara tidak lansung aku telah dapat 2 orang kawan baru semalam.sangat gembira.

Pukul 6.50 pagi aku bangkit dari tidur untuk bersiap2 pergi kerja.wpn mata berat tp kugagahi jua.

Berjumpa dengan Boss tempat kerja aku berbincang mengenai perihal band feveret kami, Rush, x bincang pasal kerja pun ok!!hahaha

Balik kerja singgah kat Mc D Masai bersama sahabat ku si Sofia itu.berjaya melantak Ayam Goreng Mc D dan spicy chicken mcdeluxe!!hahaha

Secara kasarnya, wpn keletihan baru smpi dr KL dgn tidur x cukup tp aku rase begitu hepi..sengih smpi telinga wpn mengalami beberapa dugaan kecil di tengah jalan tp itulah adat hidup, untuk berjaya mestilah perlu tempuh dugaan dan cabaran. "NO PAIN, NO GAIN" kan??ramai lagi orang lain yang perlu menempuh dugaan yang lebih besar dari aku!!"ini baru sikit di"

Aku berdoa agar momentum ini dapat kuteruskan untuk kepuncak!!memang kaw-kaw!

Semalam ketika masih di KL, aku berborak panjang lebar dgn Ma berkenaan bisnes yang aku ceburi, Ma support bersungguh2 dan mahukan aku buat yang terbaik dan tidak main2!!

Alhamdulillah, restu Ibu telah kuperolehi.sekarang aku bergantung kepada diri sendiri sj..tiada sapa boleh ubah nasib aku kecuali aku sendiri.tiada siapa yang boleh percaya pada aku kecuali diri aku sendiri!!

Doakan kejayaan aku wahai kalian.

Amin



Monday, July 20, 2009

Nota Dari Kuala Lumpur

Semalam aku sampai di ibu kota kira2 jam 8 pagi...

Kira2 jam 11 malam tadi aku telah mengambil keputusan yang sangat drastik tetapi realistik!!

Aku telah secara rasmi bergelar seorang bisnesman..

Diharap aku boleh terus berjaya sehingga ke puncak!!

Tolong doakan kejayaan saya.Amin.

Aku buat semua ini hanyalah untuk menggembirakan hati ibu tersayang..sejak lahir sehinggalah umur aku dah mencecah 24 tahun, beliau sangat banyak berkorban untuk aku..berhutang sana-sini,bergadai harta,sanggup mengikat perut, demi ingin memberi aku pelajaran yang sgt berguna, demi mahu lihat aku menjadi "orang".

Sekarang MA, biar abg balas semua jasa Ma walaupun tak mungkin akan terbalas..abg buat semua ini untuk MA!!!

Doakan kejayaan abg MA!!!

Amin

Saturday, July 18, 2009

KL Trip

Kuala Lumpur aku cabar kau..............................

Meet The Doctor 2!!

Lagi gambar....



maaf, jika nampak keterlaluan.

saya dah lama teringin nak pakai kasut ni ok!!!



Hadi Che Muda

Meet The Doctor!!

Semalam...

selepas melantak maggi rakan sambil berchatting dengan Godfather, hatiku terdetik untuk ke Pusat Bandar Pasir Gudang....

hasilnya...


MEET MY NEW DOCTOR!!!



P/S: haizzz asek nk shopping aje...!

Friday, July 17, 2009

LuTokey.com

Nota Dari Meja Penulis 1


Hari ini hari Jumaat,




esok hari Sabtu,




malam esok bergerak ke KL,





lusa hari Ahad,





hari Ahad yang mungkin menjadi titik permulaan (turning point) dalam hidup aku,




dan aku sungguh bersemangat!!!




seperti gambar diatas,



I'M PSYCHED!!!!!!

Thursday, July 16, 2009

Rich Dad, Poor Dad

Menurut kata Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad, Poor Dad, hidup kita ade Cashflow Quadrant seperti gambar diatas. Separuh kiri melambangkan Poor Dad, separuh kanan melambangkan Rich Dad.


Saya bercita-cita untuk bergerak dari kiri ke kanan dalam hal ini kerana memang lumrah setiap manusia ingin jadi kaya, ingin drive BMW X5, ingin melancong ke Paris dan yang paling penting menonton perlawanan EPL team kesayangan anda seperti Arsenal (ok yg ni aku lebihkan je). Pokoknya, semua orang nak jadi kaya.Bagaimana nak kaya?kerja kuat?OT sampai lebam?



oh tidak....


tidak untuk aku.....


kerna kutahu sekuat mana bekerja, gajiku tetap sama.....




Sesungguhnya kita semua tahu "9 pintu rezeki datang dari perniagaan" dan juga Rasul junjungan kita sendiri dan para sahabat adalah seorang saudagar (businessman). Yang menjadi persoalan jenis perniagaan bagaimana yang baik untuk diceburi?

Seorang sahabat telah berkata kepada saya, istilah "cari rezeki" sebenarnya tidak betul/salah kerana rezeki sudah berada dimana-mana hanya kita yang sedar atau tidak betul-betul mahu atau sebaliknya. Ayat yang sebetulnya "jemput rezeki". Logiknya, peluang sudah ada, langkah berani sudah diambil, hanya USAHA kita sekental mana untuk menjemput rezeki itu datang kepada kita, untuk mengubah cara hidup kita.



Habis, jenis perniagaan macam mane??



Saya masih tercari-cari........................



Pencarian yang tidak akan berakhir..............



Tetapi!!!



Setiap perniagaan memerlukan modal dan orang seperti saya tak ada lah kekuatan kewangan yang kukuh. Tiada modal, tiada business. Tiada business, saya masih lagi di quadrant Poor Dad!



Oh Tidak!!



Sehinggalah saya di approach oleh seorang sahabat baru-baru ini, sahabat lama ketika di universiti, sahabat yang hampir setahun tak jumpa. Kali terakhir jumpa, dia baru saja hendak menapak dalam bisnes. Sekarang dia sudah berjaya, sudah punyai income ribuan ringgit kalau tak puluh-ribuan. Saya berniat untuk menggunakan bisnes ini untuk saya menapak dalam bisness lain yg lebih mencabar dan lebih menguntungkan. Supaya saya dapat mengubah hidup saya dan yang paling penting niat saya untuk menghantar IBU ke Tanah Suci dan juga sebagai warisan untuk anak-anak saya kelak.



Doakan kejayaan saya wahai kalian!!



Amin



Blog Widget by LinkWithin