Tuesday, July 21, 2009

Sekembali di Pasir Gudang & Restu Ibu

Salam,

Pukul 4 pagi aku sampai di Pasir Gudang dari Ibukota, terjumpa sahabat sekerja di Sime Darby Eng, sangat seronok kerana adalah jugak teman berbual.

Serba sedikit mengenai sahabt baru aku itu:

Umur: 25 tahun
Status: Baru kawen 5 bulan
B/Ground famili: bisnes (ladang getah, bijih timah,investment)
Pengalaman bisnes: tiada (bisnes tidak diwariskan)
Minat bisnes: ya.bercadang membuka francais KFC

Borak punya borak rupenya umah sewa die pun satu taman dengan aku...so blh laa tumpang kawan die blk umah setelah turun di stesen bas pasir gudang. kawan die pulak tu mmg aku kenal..secara tidak lansung aku telah dapat 2 orang kawan baru semalam.sangat gembira.

Pukul 6.50 pagi aku bangkit dari tidur untuk bersiap2 pergi kerja.wpn mata berat tp kugagahi jua.

Berjumpa dengan Boss tempat kerja aku berbincang mengenai perihal band feveret kami, Rush, x bincang pasal kerja pun ok!!hahaha

Balik kerja singgah kat Mc D Masai bersama sahabat ku si Sofia itu.berjaya melantak Ayam Goreng Mc D dan spicy chicken mcdeluxe!!hahaha

Secara kasarnya, wpn keletihan baru smpi dr KL dgn tidur x cukup tp aku rase begitu hepi..sengih smpi telinga wpn mengalami beberapa dugaan kecil di tengah jalan tp itulah adat hidup, untuk berjaya mestilah perlu tempuh dugaan dan cabaran. "NO PAIN, NO GAIN" kan??ramai lagi orang lain yang perlu menempuh dugaan yang lebih besar dari aku!!"ini baru sikit di"

Aku berdoa agar momentum ini dapat kuteruskan untuk kepuncak!!memang kaw-kaw!

Semalam ketika masih di KL, aku berborak panjang lebar dgn Ma berkenaan bisnes yang aku ceburi, Ma support bersungguh2 dan mahukan aku buat yang terbaik dan tidak main2!!

Alhamdulillah, restu Ibu telah kuperolehi.sekarang aku bergantung kepada diri sendiri sj..tiada sapa boleh ubah nasib aku kecuali aku sendiri.tiada siapa yang boleh percaya pada aku kecuali diri aku sendiri!!

Doakan kejayaan aku wahai kalian.

Amin



0 KOMENTAR:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin