Wednesday, September 15, 2010

Kisah Hari Raya 2010/1431H

Dalam hemat aku, raya tahun ni adalah yang paling bermakna dalam sejarah aku bernafas di muka bumi selama 25 tahun ni. Bukan sebab kahwin mahupun tunang seperti segelintir sahabat-sahabat aku tetapi sebab yang lebih agung (kot?). Ah siapa aku nak cakap benda tu agung ke tidak tetapi dalam hemat aku, aku rasa membahagiakan insan yang membahagiakan aku tu, agung.

Orang cakap wang ringgit bukanlah jadi ukuran untuk kita berjaya dalam hidup. Kereta besar, awek ramai, dan selalu clubbing juga tidaklah menjadi ukuran. Bagi aku, bagaimana kita boleh membahagiakan insan yang melahirkan kita adalah ukuran untuk kejayaan kita dalam hidup.

Kalau nak bandingkan pengorbanan beliau sepanajang aku hidup dengan apa yang telah aku sumbangkan untuk beliau rasanya jauh lagi tetapi sekurang-kurangnya, beliau mampu tersenyum dan berbangga dengan aku.

***

Modus operandi raya tahun ni lebih kurang sama dengan tahun-tahun sudah. Yang sedikit berbeza raya tahun ni banyak berita pasal pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan satu lagi berita orang kena bakar aku tak ikut sangat perkembangannya. Oh tak lupa juga pada cerita Pastor Florida bercadang membakar Quran secara besar-besaran.

Malam raya macam biasa kami, Cucu-cucu Tok Imam, akan mengadakan ritual biasa macam tahun-tahun sudah, makan 'colek' di Pantai Cinta Berahi. Nampak macam biasa saja tapi dalam maknanya kepada kami semua, sekurang-kurangnya untuk aku.

Pagi Raya, macam biasa juga skripnya, pergi melawat Abah, sedekah Yasin selepas solat sunat. Lepas tu umum tahu rasanya, bermulalah sesi bersalam-salaman, yang aku lebih suka panggil sesi 'Drama Melayu' yang mana kepada mereka yang lemah semangat memang akan berair matanya. Tapi aku steady, setitik pun tak keluar, macam tahun-tahun sudah juga. Aku akui ketika melawat Abah, ada bertakung juga air mata tak sempat menitik sebab aku pergi dengan adik jadi tak manis lah kalau Abang menangis depan adik ye tak?

***

Raya ke dua, pun macam tahun-tahun sudah, bangun tidur pukul 12 tengah hari, ruang tamu riuh rendah orang datang beraya memang dibuat tidak tahu saja. Bak kata pepatah yang dipopularkan oleh sahabat aku, Mokhzaini, memang nama sebenar;

"Ikut resam batu, dihentam ombak tetap utuh."

***

Raya ketiga dah tak macam raya aku rasa, dah lebih kepada hari Ahad yang biasa-biasa. Tiada orang datang beraya dan juga tidaklah kami pergi beraya. Oh, sesi petangnya kami pergi melantak rumah terbuka sepupu dan malamnya pula, sesi memantapkan rohani, ada sesi tahlil semperna pemergian Arwah Pok Teh ku mengadap Illahi. Oh, selepas tahlil bingkas bangun meratah ayam percik dan sup daging.Fuh!

***

Raya ke empat, baru datang mood raya balik, itu pun disebabkan ada sesi rumah terbuka. Letih macam orang gila walaupun gua hanya ditugaskan untuk membeli barang-barang yang short dan juga sebagai tukang bakar satay. Walaupun pergi kedai naik kereta dan hanya mengipas satay sahaja tetapi kalau dah setiap 10 minit kena pergi kedai dan gua terpaksa pakai spek hitam nak tahan pedih mata tatkala mengipas satay, badan aku juga pandai berkata letih.

Akibatnya gua tertidur waktu Maghrib.Fuh!

***

Raya kelima, ayah saudara aku dah balik, begitu juga sepupu-sepupu aku, rumah aku pun dah taknak beraya, dah hari raya lansung takda gaya raya.

Aku menulis disini, di LCCT menunggu penerbangan ke Mumbai pada 9.20 pagi nanti.

Oh, aku berjaya memanggil kawan-kawan datang ke LCCT untuk beraya di McD. Haruslah aku yang menjadi banker, tapi tak ada hal sangat sebab dah lama aku tak bertemu mereka itu.

***

Ah babi, aku dah tak ada idea nak tulis apa lagi, nanti lah aku sambung balik part pasal mak aku tadi.


bersambung...
Blog Widget by LinkWithin